RSS

Mentor 5: Salma, Erra Fazira Kekal Juara Bertahan

Mentor 5: Salma, Erra Fazira Kekal Juara Bertahan

Teks: Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 27 APRIL 2011: Tidak pernah berganjak! Begitulah kedudukan protégé Erra Fazira iaitu Salma yang sentiasa berada di tangga teratas pada setiap pusingan dalam Mentor 5. Termasuklah kedudukannya di pusingan ketiga yang berlangsung pada Ahad lalu.

Apa yang pasti peratusan yang diperolehi Salma untuk pusingan ketiga dalam kumpulan B telah jauh meninggalkan saingan lain dengan markah sebanyak 80 peratus. Bukan sahaja telah mendahului saingan kumpulan B, malah jumlah markah dari keseluruhan pusingan protégé Erra Fazira ini adalah yang tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 237.

Sementara itu, jika dilihat kepada carta kedudukan Kumpulan B yang telah memasuki pusingan ketiga Ahad lalu, protege Rahim Maarof iaitu Aiman pula berada di posisi terakhir dengan jumlah kutipan markah keseluruhan sebanyak 140.

Manakala protege Edry Abdul Halim iaitu Iqa kini telah mendahului Aiman iaitu tempat kedua dalam kumpulan B dengan lebihan 34 markah daripada jumlah markah ketiga-tiga pusingan yang diperolehinya.

Mengimbau persembahan kumpulan B dalam pusingan ketiga Ahad lalu, Aiman telah membuka tirai konsert dengan nyanyian solo lagu hitsHafiz , Noktah Cinta. Manakala dalam segmen cabaran berduet bersama artis pilihan pula, bukan calang-calang artis yang menjadi pilihan Aiman. Dia telah bergandingan dengan Roy menerusi lagu Ratnaku.

Selepas itu, diikuti oleh Salma yang menggegarkan pentas Auditorium MBSA Shah Alam dengan himpunan medley menghiburkan Penasaran / Kopi Dangdut / Kabhi Khushi Kabhie Gham.

Salma sekali lagi memukau seluruh penonton dan barisan juri pada malam itu dengan duet hebat bersama Azlan (& The Typewriter) yang cukup dikenali dengan kehebatan vokal tingginya sebagai artis jemputan pilihan, menerusi lagu klasik Allahyarham P.Ramlee, Jeritan Batinku.

Tampil dengan begitu unik beserta kostum yang menarik, Iqa yang juga protege Edry Abdul Halim mempamerkan kekuatan vokal dan tariannya dengan sebuah medley Bad Romance / Ganas yang cukup bertenaga. Manakala untuk cabaran duet pula, Iqa menggamit kerinduan penonton terhadap Allahyarham Sudirman Hj Arshad menerusi lagu keramat arwah, Merisik Khabar.

Sebelum menutup tirai, protege-protege Kumpulan B menghiburkan penonton malam itu dengan membawakan medley penyanyi lelaki popular Malaysia, Anuar Zain seperti Bila Resah / Ketulusan Hati / Keabadian Cinta / Ku Berjanji Karna Cinta.

Minggu ini, konsert ketiga Kumpulan B turut diserikan dengan kehadiran Ratu Etnik / Kreatif dan Irama Malaysia, Noraniza Idris sebagai juri jemputan menemani Ramli M.S. selaku juri tetap.



Read more/More news on: http://www.murai.com.my/

Credits to and source taken from: http://www.murai.com.my/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sarah Raisuddin Hamil, Shuib Sepah Menangis Kegembiraan! - Tiada kata yang dapat diluahkan untuk menggambarkan bagaimana gembiranya perasaan...

Sarah Raisuddin Hamil, Shuib Sepah Menangis Kegembiraan!

Teks oleh Syafiqah Jalal

Foto oleh Mazlan Photography

KUALA LUMPUR, 29 APRIL 2011: Tiada kata yang dapat diluahkan untuk menggambarkan bagaimana gembiranya perasaan pelawak Shuib Sepah sebaik sahaja dia mengetahui bahawa isteri tercintanya, Siti Sarah Raisuddin telah pun disahkan hamil 2 bulan.

Malah Sarah Raisuddin memberitahu, sewaktu menerima perkhabaran tentang berita kehamilan tersebut, Shuib yang turut berada di sisinya terus menangis dan memeluknya tanda syukur.

"Alhamdulillah, akhirnya kami dikurniakan cahaya mata dengan kadar yang agak segera. Bukan saya sahaja yang gembira, malah Shuib sendiri begitu teruja dengan berita ini.

"Sebenarnya, selepas hari terakhir menjalani penggambaran filem Man Sewel Datang KL pada bulan lalu, saya dah pun mula rasa sakit perut dan Shuib kemudian terus bawa saya ke klinik.

"Pada mulanya, doktor kata perut saya masuk angin kerana tidak makan. Saya akui memang pada waktu itu saya asyik tak sempat nak makan kerana shooting dan sebagainya.

"Tapi bila doktor buat pemeriksaan dan ujian kehamilan, doktor telah mengesahkan saya mengandung. Apa lagi, Shuib yang turut bersama saya pada ketika itu terus mengalirkan air mata. Malah, tanpa rasa malu dia juga turut memeluk saya sambil menangis di hadapan doktor," kata Sarah kepada murai.com.my

Menurut Sarah Raisuddin lagi, sejak bernikah pada 26 Februari 2011 yang lalu, suaminya adalah orang yang paling teruja dan seperti tidak sabar untuk menimang cahaya mata pertama dalam rumah tangga mereka.

"Setiap kali saya sakit perut atau loya-loya tekak, dia akan berharap saya mengandung. Disebabkan itu, kami telah beberapa kali buat pemeriksaan kehamilan sebelum ini.

"Namun hampa. Sehingga saya terpaksa nasihatkan dia jangan terlalu berharap kerana saya yang akan rasa sangat teruk dan kecewa jika dapat tahu saya masih belum mengandung.

"Apa-apa pun saya bersyukur kerana mengandung pada usia ini kerana saya sudah lama bersedia untuk jadi seorang ibu dan mempunyai sebuah keluarga yang lengkap. Malah, kami juga merancang untuk mendapatkan 4 orang cahaya mata," kata Sarah ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Man Sewel Datang KL, di Finas pada Selasa lalu.

Sementara itu, Shuib yang berada disisi Sarah memberitahu, dia sangat terharu ketika mendapat tahu berita gembira tersebut.

"Saya adalah orang yang paling gembira sehingga tak menghiraukan doktor yang berada di situ. Ketika bawa Sarah ke klinik, hati saya sudah terdetik yang dia ini mengandung. Alhamdulilah apa yang saya jangkakan betul, memang sukar untuk gambarkan perasaan saya apabila menyedari saya bakal melangkah ke satu fasa lain dalam hidup," luah hati Shuib.

Pasangan ini baru sahaja selesai menjayakan penggambaran filem Man Sewel Datang KL dan bakal berduet menerusi lagu Cinta Itu Nyawa yang turut diangkat sebagai lagu tema filem tersebut.


Read more/More news on: http://www.murai.com.my/

Credits to and source taken from: http://www.murai.com.my/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sazzy Falak Selamat Lahirkan Baby Kembar Perempuan - Pelakon dan pengacara popular, Sazzy Falak, 30 telah selamat melahirkan bayi kembar perempuan...

Sazzy Falak Selamat Lahirkan Baby Kembar Perempuan

Teks oleh Haswari Ali

KUALA LUMPUR, 28 APRIL 2011: Pelakon dan pengacara popular, Sazzy Falak, 30 telah selamat melahirkan bayi kembar perempuan dengan cara pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court,di sini sekitar jam 8 pagi tadi.

Dua bayi comel seberat 2 kilogram itu, telah diberikan nama Iman Lilly Nazril dan Tiara Rose Nazril. Masing-masingt berada dalam keadaan yang sihat dan sempurna.

Suami Sazzy Falak, Nazril ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, dia sesungguhnya amat gembira dengan kelahiran tersebut, apatah lagi kini semuanya berjalan dengan selamat tanpa sebarang komplikasi.

"Syukur Alhamdulillah, semuanya telah selamat. Tak sangka pula proses kelahiran itu berjalan begitu pantas dan dalam sekelip mata saja, saya telah dapat melihat kedua-dua mereka dilahirkan.

"Sebagai seorang suami, saya amat teruja bila dapat melihat sendiri proses kelahiran berkenaan kerana saya telah berada di sisi Sazzy sambil mengenggam tangannya. Tentunya saya rasa terharu dan sebak dengan kelahiran ini.

"Memang pada awalnya Sazzy sepatutnya melahirkan secara normal, tapi memandangkan keadaan Tiara (bayi ke-2) berada dalam keadaan songsang, jadi dokor mengatakan tidak ada pilihan lain selain daripada melakukannya secara pembedahan," kata yang akan mengambil cuti selama sebulan.

Sazzy Falak telah dimasukan ke hospital malam semalam. Bagaimanapun hanya pada jam 8.24 pagi tadi bayi pertamanya telah selamat dilahirkan, diikuti bayi kedua yang menyusuri seminit selepas itu.

Nazril berkata, meskipun sudah ada keluarga terdekat yang datang mengunjungi mereka di hospital sejak pagi tadi, Sazzy Falak bagaimanapun masih berada dalam keadaan lemah.

Tambah pengacara TV dan usahawan muda itu juga, Sazzy bersama-sama kembarnya itu hanya akan dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad ini.

"Segala persiapan sudahpun dibuat. Sazzy dan kembar kami akan berada di bawah penjagaan ibu Sazzy di kediaman keluarganya di Ampang sepanjang tempoh berpantang. Dalam tempoh bercuti ini juga, saya juga akan meluangkan bersama mereka.

"Insya Allah kalau tak ada aral melintang, kami akan mengadakan sebuah majlis aqiqah serta doa kesyukuran dalam masa seminggu dua ini di rumah keluarga Sazzy.

"Inilah peluangnya untuk pihak media bertemu dengan kembar ini dan juga ibunya. Kami juga bercadang untuk mengadakan sebuah sesi fotografi bersama-sama mereka, khusus untuk tatapan pihak media, peminat dan juga rakan taulan," katanya kepada murai.com.my.


Read more/More news on: http://www.murai.com.my/

Credits to and source taken from: http://www.murai.com.my/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jihan Tersingkir di Minggu ke 5 Maharaja Lawak - KEPUTUSAN & VIDEO KLIP MAHARAJA LAWAK MINGGU KE-5 pada 22 April 2011


Jihan Tersingkir di Minggu ke 5 Maharaja Lawak

Foto oleh Mazlan Photography

KUALA LUMPUR, 29 APRIL 2011: Impiannya mungkin untuk menjadi Ratu Lawak pertama Malaysia, namun hasrat Jihan untuk mengecapi impiannya itu terbantut apabila dia diumumkan sebagai peserta kelima tersingkir di minggu ke 5 program Maharaja Lawak, sebentar tadi.

Keputusan penyingkiran Jihan diumumkan oleh pengarah terkenal, Ahmad Idham yang juga merupakan salah seorang juri tetap Maharaja Lawak disamping Mamat Khalid dan Saiful Apek.

Jihan merupakan naib juara untuk program Raja Lawak musim ketiga dan juga satu-satunya wanita yang berjaya menjejak kaki ke pentas Maharaja Lawak. Percapaian lalu bukanlah petanda Jihan akan terus bernasib baik kerana sejak bermulanya Maharaja Lawak ini, namanya antara yang sering berada di kedudukan terbawah dari segi undian.

Turut berada di kedudukan bahaya pada penghujung siaran tadi ialah Man, juara Raja Lawak musim ke 5 serta Amir iaiatu pemenang tempat ketiga Raja Lawak musim ketiga. Selepas penyingkiran Jihan, barisan Maharaja Lawak kini hanya tinggal tujuh peserta lagi iaitu Jozan, Nabil, Sepah, Jambu, Balas, Amir dan Man.

Program Maharaja Lawak telah berlangsung di Studio Finas, Hulu Klang dan ia disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132).

Read more/More news on: http://www.murai.com.my/

Credits to and source taken from: http://www.murai.com.my/



Maharaja Lawak merupakan sebuah rancangan realiti pencarian pelawak terunggul di kalangan yang terhebat. Kesemua bekas finalis Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima akan kembali berentap dengan lawak jenaka mereka bagi merebut gelaran juara Maharaja Lawak. Rancangan ini akan dikendalikan oleh bekas pengacara Akademi Fantasia iaitu Dato' AC Mizal. Para peserta diberi kebebasan untuk beraksi secara solo ataupun berkumpulan. Rancangan ini akan disiarkan secara langsung bermula pada 1 April 2011 di Astro Warna (Saluran 132) dan siaran serentak di Astro Prima ( Saluran 105)

12 Finalis Raja Lawak telah ditemukan untuk bersaing dalam Maharaja Lawak. Mereka tersebut ialah:

  • Yus dan Taukeh (Jambu)
  • Zizan dan Johan (Jozan)
  • Nabil
  • Kumpulan XN3
  • Kumpulan Sepah
  • Jihan
  • Amir
  • Kumpulan Kechik & Idlan (Wai)
  • Alex
  • Man
  • Kumpulan R2
  • Kumpulan Balas
Undian:

50% - undian penonton (SMS) , 50% - pemarkahan pihak juri

Setiap peserta yang mendapat undian terendah akan disingkirkan pada setiap minggu.

Cara Mengundi:

SMS: Taip ML Nama peserta atau ML <3/5/10> Nama peserta untuk (3/5/10 undian) ke 32999. Untuk 20 undian: Taip ML20 Nama peserta ke 32999. Kadar premium untuk setiap undian: RM0.50. (Kadar telco tertakluk) Syarat & Terma tertakluk di www.astro.com.my



Peserta tersingkir


Minggu 1

Tarikh: 01 April 2011

Tiada Penyingkiran
Tema: Bebas

Minggu 2
Tarikh: 08 April 2011 (Penyingkiran dibuat pada minggu ketiga di awal rancangan ML)

Kumpulan Wai
Kumpulan XN3
Tema: Bebas

Minggu 3

Tarikh: 15 April 2011

Kumpulan R2
Tema: Muzikal komedi

Minggu 4

Tarikh: 22 April 2011
Alex
Tema: Bebas

Minggu 5

Tarikh: 29 April 2011
Jihan
Tema: Bebas

sumber: http://ms.wikipedia.org

Gambar Peserta Maharaja Lawak:















sumber: http://mietos3.blogspot1.com/
Buttontvss Channel

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Visitors Map

Online Users