RSS

Tiada Penyingkiran pada Minggu Ke-10 - Keputusan Maharaja Lawak pada 3 Jun 2011 (Minggu Ke-10) Video Maharaja Lawak Minggu Ke-10

Maharaja Lawak Minggu Ke 10 - Tiada Penyingkiran

Pada 3 Jun 2011 - Maharaja Lawak diadakan di Stadium Pisa, Pulau Pinang. Peserta yang masih berentap adalah kumpulan Sepah, Jambu, Jozan, R2 dan peserta solo tunggal Nabil. Ramai yang mengatakan bahawa persembahan pada malam ini telah dikuasai oleh kumpulan Sepah. Manakala kumpulan Jambu juga tidak menghampakan pihak juri. Nabil juga dilihat memberikan persembahan yang agak kurang menghiburkan. Mungkin kerana tekanan bagi memastikan beliau kekal dan layak ke gelanggang akhir.

Selepas AC mengumumkan undian SMS ditutup, tiga nama telah diumumkan sebagai peserta yang mendapat undian terendah. Peserta yang diumumkan sebagai tiga terendah adalah Nabil, R2 dan Jozan. Walaubagaimanapun nasib telah menyebelahi mereka apabila diumumkan bahawa tiada penyingkiran pada minggu ini.

Gelanggang seterusnya akan diadakan di Kuantan Pahang.

Continue Reading/Terus membaca di: http://sayasalahka.blogspot.com/

Special thanks/Kredit diberikan kepada: http://sayasalahka.blogspot.com/

Sila klik di sini untuk mengikuti video Maharaja Lawak Minggu Ke-10 pada 3 Jun 2011

sumber video: wwwguatvcom

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Firefly ke Surabaya & Bandung Bermula Ogos


Firefly ke Surabaya & Bandung Bermula Ogos

Selepas melancarkan penerbangan pertama ke Kuching dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) pada 19 Mei lalu, syarikat penerbangan komuniti, Firefly terus melebarkan sayapnya apabila mengumumkan penerbangan ke Surabaya dan Bandung bermula Ogos ini.

Penerbangan ke dua destinasi popular Indonesia ini hanya ditawarkan di LTAS dan bakal beroperasi bermula 14 Ogos untuk ke Surabaya, manakala untuk ke Bandung, penerbangan pertama dijadualkan pada 16 Ogos ini. Tiket-tiket ke destinasi ini telah pun mula dijual dan jika anda merebut peluang awal ini, anda boleh mendapat tiket serendah RM90 untuk perjalanan sehala.

Bagi yang mahukan percutian lebih nilai, anda boleh membeli pakej percutian yang disediakan oleh Firefly Holiday. Percutian tiga hari dua malam ke Bandung bermula pada harga RM559 dan harga ini termasuk tiket penerbangan pergi balik, penginapan dua malam berserta sarapan, sajian makanan di dalam pesawat, elaun bagasi dan juga tempat duduk pilihan.

Untuk percutian ke Surabaya pula, ia berharga dari RM519 bagi percutian tiga hari dua malam. Anda boleh memilih sama ada menginap di Hotel Singgahsana atau Garden Palace Hotel. Kedua-dua hotel ini bertaraf empat bintang.

Sementara itu, sempena dengan pelancaran penerbangan ke Kuching dari Johor Bahru baru-baru ini, Firefly turut menawarkan pakej percutian ke Universal Studio Singapore (USS). Pakej tiga hari dua malam ini bermula dari RM543 dan ia termasuk penginapan dua malam berserta sarapan di hotel pilihan di Johor Bahru, pas lawatan sehari ke USS dan pengangkutan pergi dan balik ke USS dari hotel penginapan.

Tempahan boleh dibuat sekarang dan harga ini sah untuk perjalanan sehingga 29 Oktober ini. Pakej ke USS ini juga ada bermula dari Kota Kinabalu, Pulau Pinang dan Langkawi. Untuk keterangan lanjut berhubung harga tiket dan pakej percutia , anda boleh melayari laman sesawang syarikat penerbangan ini di www.fireflyz.com.my.

Continue reading/Read more: http://www.gua.com.my/

Credits to/source taken from: http://www.gua.com.my/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Konsert Akademi Fantasia Musim Ke-9 Minggu Ke - 9 pada 4 Jun 2011 di Astro Ria

Sila klik di sini untuk mengikuti Konsert Minggu Ke-9 pada 4 Jun 2011

Senarai lagu tugasan pelajar Akademi Fantasia Musim Ke-9 (AF 9) untuk Konsert Minggu Ke-9 yang akan disiarkan pada 4 Jun di Astro Ria mulai jam 9.00 malam


Pelajar Lelaki:

1. Erul - Nadiku (Sabhi Saddi)

2. Azri - Here Without You (3 Doors Down)

3. Hazama - Angin (Dewa 19)

Pelajar Wanita:

2. Lena - Badarsila (Dato Siti Nurhaliza)

Lagu Bonus: Kalau Cinta (Alif Aziz & Joanna)
Never Say Never (Justin Bieber)


Sila klik di sini untuk lagu tugasan Pelajar AF9 untuk konsert minggu ke-9

Credits to/source taken from:
http://andyhowtt.gapuranetwork.net
http://djdanchef.blogspot.com/

3 Pelajar Lelaki - ERUL, AZRI, HAZAMA
2 Pelajar Wanita - LENA, FINA



Nama Sebenar: Nur Shafinaz Binti Jebat
Nama Afundi: FINA
Asal: Melaka
Umur: 18 tahun
Pekerjaan: Belum bekerja, tapi selalu ambil show-show di luar atau di dalam Melaka.

Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:
Ada kebolehan menari, suka berkawan, suka buat orang gembira dan memiliki mutu suara yang mantap.

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
Dari kecil dah menyanyi depan raja-raja.

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Alicia Keys, kerana dia mempunyai vokal yang mantap dan jarang di temui suara sebegitu dan ramai yang menggemarinya.

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Nyanyi depan raja-raja, back up singer dan konsert bersama artis-artis Malaysia dan pernah berlakon di Tv3 dan RTM.

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Kerana ingin mengilapkan lagi bakat-bakat yang sedia ada dan ingin mempelajari ilmu-ilmu dari tenaga pelajar yang hebat.

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Saya mungkin belajar atau nyanyi di show bersama adik-beradik S.A.S.S.U.

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Hafiz dan Stacy, kerana lagu-lagu mereka sering di mainkan atau di iklankan sebagai drama-drama dan mereka mempunyai ramai pengaruh dan tenaga yang secukupnya.



Nama Sebenar: Lenaber Binti Hadir
Nama Afundi: LENA
Asal: Sabah
Umur: 21 tahun
Pekerjaan: Peniaga pasar malam.
Kalau dahulu hanya menyanyi di pasar malam, kini impian Lena menyanyi di pentas AF terlaksana dengan undian anda!
Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:

Saya mempunyai imej tersendiri, rambut panjang, periang, seorang yang memahami orang lain dan suka berkawan.

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
Saya pernah menyanyi di pasar malam dan setiap orang yang lalu-lalang bagi Lena duit.

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Vina Morales dan Jericho Rosales.

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Pernah menyertai banyak pertandingan dan pernah bekerja di Trinity Butik.

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Sebab Lena ingin membuktikan kepada orang-orang yang selama ini memandang rendah kepada Lena.

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Seorang bisnes woman yang berjaya.

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Shahir, sebab dia menyanyi dengan bersungguh-sungguh dan jujur.

Nama Sebenar: Hazama Bin Ahmad Azmi
Nama Afundi: HAZAMA
Asal: Keramat
Umur: 27 tahun
Pekerjaan: Kerja Sambilan.

Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:
Seorang yang peramah, ceria, kadang-kadang banyak cakap, senyum, pemarah dan nakal.

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
Masa belum cukup matang dulu saya suka buat benda-benda yang pelik-pelik. Tapi sekarang ni saya ikut je apa yang berlaku di sekeliling saya.

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Once (Dewa), sebab saya minat sangat dengan Once.

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Pernah menyanyi menyanyi hampir seluruh Malaysia sebab saya dapat sertai program Gempak Desa yang di anjurkan oleh Astro..

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Saya ingin sertai AF kali ini sebab Amy search dan kali ni AF yang terakhir. Jadi, mungkin saya takkan dapat peluang untuk masuk AF lagi.

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Saya masih menyanyi untuk Astro dan mungkin masih menyanyi dengan Meet Uncle Hussein sebagai penyanyi sementara..

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Mawi sebab dia ‘world’.



Nama Sebenar: Mohamad Azri B. Abdullah
Nama Afundi: AZRI
Asal: Selangor
Umur: 24 tahun
Pekerjaan: Pemuzik Gamelan.

Sokonglah saya kerana saya pasti akan memberi persembahan yang paling bagus! Terima kasih!

Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:

1. Seorang yang ceria dan peramah
2. Suka sakat orang disekeliling
3. Suka senyum

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
Menaiki KTM dari Rawang sehingga ke Seremban dan patah balik ke Rawang. Saja kerana bosan

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Chris Daughtry kerana vokalnya yang mantap

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Menyanyi dengan kumpulan Breakfast Band

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Untuk membentuk diri menjadi seorang pengnyanyi dan penghibur

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Seorang pemuzik gamelan.

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Stacy kerana persembahan mantapnya.


Nama Sebenar: Khairul Najmuddin Abu Samah
Nama Afundi: Erul
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 20 tahun
Pekerjaan: Pelajar IPT (Aswara).

Sorakan anda berikan Erul semangat! Undian anda pastinya membawa Erul menuju puncak!


Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:
Saya seorang yang periang dan sukakan benda-benda yang comel.

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
Pernah berpeluang belajar bersama Jaclyn Victor, Syafinaz dan Dia Fadilla.

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Nickhun, Justin Bieber, Lady Gaga, Rain, B2st, Chris Brown dan Neyo, kerana mereka semua adalah idola saya.

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Pernah menjadi protégé Jaclyn Victor, membuat persembahan bersama Mawi untuk Hari Ibu dan menyanyi dalam bahasa cina di Pesta Aswara 2010.

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Untuk menimba ilmu dan mencari pengalaman belajar dengan tenaga-tenaga pengajar yang berbakat besar dan banyak pengalaman.

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Seorang mahasiswa (Aswara).

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Stacy dan Hafiz kerana kekuatan vocal nyanyian serta cara persembahan mereka menampkakkan impak.

For more information continue reading/Untuk maklumat lanjut terus layari: http://www.astro.com.my

sumber maklumat dan gambar:
http://www.astro.com.my/
Astro Ria
http://www.melvister.com/
http://kulanzsalleh.com/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Senarai dan Gambar Senarai Peserta Mari Menari 2 yang akan mula bersiaran pada 17 Jun 2011 di Astro Ria jam 9.00 malam







Inilah Dia Senarai Peserta Mari Menari 2

Teks: Zy Zamani

Foto: Mazlan Photography

KUALA LUMPUR, 2 JUN 2011: Sebanyak 10 pasangan peserta bakal ditampilkan dalam program realiti Mari Menari 2 (MM2) bakal bersiaran di Astro Ria menerusi episod pengenalan bermula pada 17 Jun 2011 ini, manakala siaran langsung MM2 akan pada bersiaran setiap Sabtu dan Ahad bermula 18 Jun ini, jam 9 malam di saluran yang sama.

Daripada 10 pasangan peserta tersebut, 2 daripadanya adalah pasangan Bibi yang mewakili ibu dan anak lelaki serta pasangan Mizi yang mewakili bapa dan anak perempuan.

Manakala, 8 lagi pasangan yang terpilih adalah Nita, Wan, Razman, Faiz, Nora, Ummi, Azlin dan Sarah. Kelapan-lapan pasangan itu mempunyai talian persaudaraan adik beradik serta suami dan isteri.

Apa yang menarik, kebanyakan 10 pasangan peserta ini rata-ratanya berasal daripada Sabah. Jom ikuti profil ringkas mereka.

MM Nita

Kakak
Nama: Norny Yusnita Jening
Umur: 22 Tahun
Pekerjaan: Lepasan STPM

Adik
Nama: Umar Ali Jening
Umur: 20 Tahun
Pekerjaan: Pelajar

SMS: Taip MM NITA atau MM<3/5/10/20>NITA untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999
Contoh: MM5 NITA ke 32999
MM20 NITA ke 32999

MM Mizi

Bapa
Nama: Ahmad Tamizi Nordin
Umur: 45 Tahun
Pekerjaan: Tukang Jahit & Pereka

Anak
Nama: Amanina Maisarah Ahmad Tamizi
Umur: 18 Tahun
Pekerjaan: Pembantu Jurujual

SMS: Taip MM MIZI atau MM<3/5/10/20>MIZI untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999
Contoh: MM5 MIZI ke 32999
MM20 MIZI ke 32999

MM Wan

Abang
Nama: Mohammat Arziwan Amat
Umur: 25 tahun
Pekerjaan: Artis Budaya

Adik
Nama: Azirah Nabinah Amat
Umur: 18 tahun
Pekerjaan: Pelayan Restoran

SMS: Taip MM Wan atau MM<3/5/10/20>Wan untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999
Contoh: MM5 WAN ke 32999
MM20 WAN ke 32999

MM Razman

Suami
Nama: Mohd Razman Ghazali
Umur: 28 Tahun
Pekerjaan: Perunding Perkahwinan

Isteri
Nama: Helta Surya Putri Pertama Herman
Umur: 24 tahun
Pekerjaan: Jurusolek

SMS: Taip MM Razman atau MM<3/5/10/20>Razman untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999
Contoh: MM5 RAZMAN ke 32999
MM20 RAZMAN ke 32999

MM Faiz

Suami
Nama: Wan Mohd Faidz Wan Husain
Umur: 24 tahun
Pekerjaan: Eksekutif Artistik

Isteri
Nama: Noor Asmah Zainal
Umur: 31 tahun
Pekerjaan: Koordinator Kostum

SMS: Taip MM Faiz atau MM<3/5/10/20>Faiz untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999
Contoh: MM5 FAIZ ke 32999
MM20 FAIZ ke 32999

MM Nora

Suami
Nama: Mohd Faizule Abdullah
Umur: 23 tahun
Pekerjaan: Artis budaya

Isteri
Nama: Tengku Puteri Norazilina Tg Aman Shah
Umur: 22 tahun
Pekerjaan: Artis budaya

SMS: Taip MM Nora atau MM<3/5/10/20>Nora untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999
Contoh: MM5 NORA ke 32999
MM20 NORA ke 32999

MM Ummi

Adik
Nama: Mohd Hairul Izuan Dahalan
Umur: 25 tahun
Pekerjaan: Penarik kereta

Kakak
Nama: Siti Ummi Nur Faizul Zilla Dahalan
Umur: 27 tahun
Pekerjaan: Kerani insurans

SMS: Taip MM Ummi atau MM<3/5/10/20>Ummi untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999
Contoh: MM5 UMMI ke 32999
MM20 UMMI ke 32999

MM Bibi

Anak
Nama: Azree Zailani
Umur: 21 tahun
Pekerjaan: Penari Sambilan

Ibu
Nama: Bibi Nek Mohamad
Umur: 44 tahun
Pekerjaan: Pembantu klinik

SMS: Taip MM Bibi atau MM<3/5/10/20>Bibi untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999
Contoh: MM5 BIBI ke 32999
MM20 BIBI ke 32999

MM Azlin

Suami
Nama: Mohd Hedzer Nadzar
Umur: 28 tahun
Pekerjaan: Mekanik

Isteri
Nama: Siti Akmal Azlin Bakar
Umur: 22 tahun
Pekerjaan: Penyanyi Kelab

SMS: Taip MM Azlin atau MM<3/5/10/20>Azlin untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999
Contoh: MM5 AZLIN ke 32999
MM20 AZLIN ke 32999

MM Sarah

Kakak
Nama: Sarah Diana Michele Durai
Umur: 32 tahun
Pekerjaan: Pegawai Pemasaran

Adik
Nama: Shazrul Hudson Ashley Durai
Umur: 18 tahun
Pekerjaan: Pelajar

SMS: Taip MM Sarah atau MM<3/5/10/20>Sarah untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999
Contoh: MM5 SARAH ke 32999
MM20 SARAH ke 32999


Read more/More news on: http://www.murai.com.my/

Credits to and source taken from: http://www.murai.com.my/

Mari Menari 2 Telah Berubah Format!

Teks Oleh: zyzamani
Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography


KUALA LUMPUR, 2 JUN 2011: Program realiti tarian Mari Menari (MM) kembali lagi untuk musim kedua. Namun, tidak seperti musim yang pertama, Mari Menari 2 telah menyaksikan perubahan format yang cukup ketara.

Menariknya untuk MM2 kali ini ialah pihak penerbitan menampilkan format baru dengan membahagikan 10 pasangan peserta kepada dua kumpulan. Dua kumpulan tersebut akan diterajui oleh dua kapten jurureka tari, iaitu Ray dan Belalang.

Penerbit Eksekutif MM2,Norazian Mohd Zahir menjelaskan, perubahan tersebut ditampilkan sebagai sebuah pendekatan baru dalam usaha mereka untuk menambahkan serta memperkenalkan lagi lagi identiti sesebuah tarian.

"Musim kedua ini berbeza dengan musim lalu. Kali ini kita bahagiakan 10 pasangan kepada dua kumpulan yang akan dijaga oleh kapten jurureka tari, iaitu Ray dan Belalang. Kedua-dua mereka mewakili dua tarian yang berbeza iaitu Ray lebih kepada moden dan Belalang pula tarian nusantara. Tapi, tak bermakna pasangan yang berada dalam kumpulan mereka hanya tertumpu pada dua tarian ini sahaja.

"Kesemua mereka akan tetap diberi tugasan untuk mempersembahkan tarian yang lain-lain. Cuma apabila kita perkenalkan dua kumpulan, ianya lebih mudah kerana mereka sudah mempunyai ketua yang akan menjaga setiap tarian dan perilaku mereka. Sebelum ini pasangan hanya berada di bawah pengawasan penasihat atau pengajar sahaja," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan 10 pasangan MM2 yang diadakan di Hotel Istana, semalam.

Bakal bersiaran selama lima minggu berturut-turut, Azian menjelaskan, MM2 juga turut menyaksikan setiap kumpulan akan beraksi dan bersaing pada hari yang berlainan.

"Kalau pada musim pertama, Manal Mari Menari diadakan pada setiap hari Sabtu, manakala Debaran Mari Menari iaitu hari penyingkiran pula diadakan pada hari Ahad, kali ini ia dilakukan dengan berbeza.

"Setiap Sabtu, kumpulan Ray akan beraksi sesama mereka sendiri dan akan ada penyingkiran pada hari tersebut. Begitu juga dengan kumpulan Belalang yang akan beraksi sesama mereka pada hari Ahada.

"Penyingkiran dalam setiap kumpulan ini pada minggu yang seterusnya sehinggalah juara kumpulan Ray akan bertemu dengan juara kumpulan Belalang pada final MM2 nanti," katanya lagi kepada murai.com.my.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, MM2 kali ini telah menunjukkan peningkatan yang agak ketara berbanding MM pada musim lalu. Atas sebab itu, pihak penerbitan yakin program tersebut masih mempunyai impak serta kelompok peminatnya yang tersendiri.

"Penyertaan kali ini lebih meningkat lagi berbanding tahun lalu. Jad, kami yakin program ini semakin diminati oleh khayalak di luar sana. Walaupun mereka bukan selebriti tapi mereka mempunyai keyakinan dan mahu bersama-sama mencuba nasib sebagai penari. Saya rasa MM2 ini lebih bertenaga dan banyak aksi yang akan dipertontonkan kelak," katanya.

Episod pengenalan MM2 akan mula bersiaran pada 17 Jun ini, bermula jam 9 malam di Astro Ria. Manakala Siaran Langsung MM2 pada bersiaran setiap Sabtu dan Ahad bermula 18 Jun ini pada jam 9 malam di Astro Ria.



Read more/More news on: http://www.murai.com.my/

Credits to and source taken from: http://www.murai.com.my/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Miss Indonesia 2011 - Astrid Ellena Indriana dari Jawa Timur dinobatkan sebagai Miss Indonesia 2011 di Central Park, Jakarta pada 4 Jun 2011, Sabtu

Miss Indonesia 2011 Astrid Ellena



Miss Indonesia 2010, Asyifa Latief (kanan) bersama Miss World 2010, Alexandria Mills (kiri) menyematkan mahkota kepada Astrid Ellena Indriana dari Jawa Timur yang terpilih sebagai Miss Indonesia 2011 pada malam puncak Pemilihan Miss Indonesia 2011 di Central Park, Jakarta, Sabtu (4/6/2011) dini hari.


Astrid Ellena Indriana dari Jawa Timur dinobatkan sebagai Miss Indonesia 2011 pada malam puncak Pemilihan Miss Indonesia 2011 di Central Park, Jakarta, Sabtu (4/6/2011) dini hari. Ia menyisihkan 32 finalis dari perwakilan seluruh provinsi di Indonesia.

JAKARTA, KOMPAS.com - Gadis asal Jawa Timur, Astrid Ellena Indriana dinobatkan sebagai Miss Indonesia 2011 pada acara Malam Puncak Pemilihan Miss Indonesia di Central, Jakarta, Sabtu (4/6/2011) dini hari. Dia menyisihkan 32 perwakilan dari seluruh provinsi di Indonesia.

Astrid juga menyabet gelar Miss Favorit dan Miss Kulit Indah dalam ajang kecantikan ini. Gadis kelahiran 8 Juni 1990 ini sudah dinilai mencuri perhatian sejak masa karantina hingga masuk di babak lima besar bersama Amanda Roberta Zevannya dari Papua Barat, Nadia Siddiqa dari Banten, Fatya Ginanjarsari dari DKI Jakarta, serta Madhina Nur Muthia dari Kalimantan Tengah.

Miss World 2010 Alexandria Mills bersama Miss Indonesia 2010 Asyifa Latief, langsung menyematkan mahkota kepada Astrid Ellena Indriana.

Foto lengkap di: KOMPAS IMAGES



Read more/More news on: http://nasional.kompas.com/

Credits to and source taken from: http://nasional.kompas.com/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Visitors Map

Online Users