Sunday, December 19, 2010

Aktres Korea, Song Hye Kyo berjaya menempatkan diri dalam senarai 100 Most Beautiful Faces 2010...



Tuah Song Hye Kyo

TUAH muka cantik, aktres Korea, Song Hye Kyo berjaya menempatkan diri dalam senarai 100 Most Beautiful Faces 2010 yang dikendalikan oleh sebuah laman portal filem Amerika, Independent Critics.

Tidak hanya itu, dia juga turut tersenarai dalam carta popular 20 teratas dengan berada di tempat ke-18.

Hye Kyo juga dikatakan merupakan artis Korea pertama yang berjaya menempatkan diri dalam senarai itu.

Dalam pada itu, tempat pertama disandang oleh Camilla Belle, diikuti Emma Watson di tangga kedua manakala selepas Hye Kyo adalah Emily Blunt, Sienna Miller dan Monica Belluci.

More news on: http://www.utusan.com.my/utusan/

Credits to and source taken from: http://www.utusan.com.my/

No comments:

Post a Comment