RSS

Firman Hassanie Shauati Abdul Halim berusia tujuh tahun berjaya menamatkan misi berenang menyusuri Sungai Dinding sejauh 15 kilometer

Firman Hassanie, 7, catat sejarah berenang sejauh 15km
19/12/2010 7:09pm

LUMUT 19 Dis. – Usia bukan penghalang bagi seorang perenang cilik maraton negara apabila Firman Hassanie Shauati Abdul Halim, yang berusia tujuh tahun, berjaya menamatkan misi berenang menyusuri Sungai Dinding sejauh 15 kilometer semalam.

Firman, pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Ampang di Ipoh, yang juga adik perenang selat negara Salman Ali Shariati dan Zahrah Masoumah, berjaya melakukannya dalam masa 10 jam 20 minit.

Bapanya, Dr. Abdul Halim Abdul Manaf, yang bertindak sebagai pengurus berkata, cubaan berenang itu dilakukan dalam misi ”1Pelajar 1Komitmen” menerusi Program Cintai Sekolah Kita Untuk Negeri dan Negara anjuran sekolah berkenaan.

"Mengikut perancangan awal, Firman akan membuat tiga percubaan renang sejauh 12 kilometer dari kawasan pantai Lumut ke Kampung Telaga Nenas, yang terletak di Ayer Tawar semalam sebagai percubaan pertama, Ahad (kedua) dan Isnin (ketiga).

"Bagaimanapun, syukur kepada Allah, beliau berjaya mengharungi misi tersebut dengan hanya sekali percubaan sahaja, malah satu bonus kepada beliau kerana membuat jarak renangan sejauh 15 kilometer dan bukannya 12 kilometer seperti rancangan asal,” katanya kepada hari ini. – Bernama

More news on: http://www.utusan.com.my/utusan/

Credits to and source taken from: http://www.utusan.com.my/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Visitors Map

Online Users