Thursday, December 16, 2010

Malaysia 2 Vietnam 0 - Safee Sali menjaringkan dua gol berharga untuk memberi bekalan selesa buat skuad negara...

Malaysia 2 Vietnam 0
Oleh Harris Rajahdin dan Syed Riduan Ahmad

2010/12/16


SAFEE (kiri) merai jaringannya bersama rakan sepasukan, S Kunanlan ketika aksi separuh akhir menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Osman Adnan

Safee ledak dua gol; Anak buah Rajagobal sebelah kaki di final

SAFEE Sali menjaringkan dua gol berharga untuk memberi bekalan selesa buat skuad negara bagi perlawanan kedua di Hanoi, Sabtu ini selepas membantu barisan didik K Rajagobal yang tampil memperagakan aksi garang menewaskan Vietnam 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Tidak dinafikan skuad muda negara harus diberikan segala pujian atas komitmen dan semangat tinggi ditonjolkan sepanjang saingan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF – intipati yang membutirkan kemenangan penting buat menyalakan impian layak ke final buat kali kedua sejak 1996.
Lautan penyokong tempatan yang membanjiri stadium serta kelompok kecil penyokong Vietnam berpakaian serba kemerahan turut mengapikan semangat perjuangan pemain tuan rumah ketika berjaya menyajikan persembahan terpuji penuh dominasi di laman sendiri.

Setiap pemain bertindak seperti diarah dan ini punca kemenangan pasukan malam ini (malam tadi). Kami berjaya mengawal permainan dan seharusnya menjaringkan gol pada babak pertama. Tapi tugas masih belum selesai, pemain begitu gembira pada saat ini,” kata Rajagobal.

Safee yang hanya dimasukkan selepas senarai kecederaan yang bertambah serta diketepikan daripada Sukan Asia 2010, menanduk padu sepakan percuma kapten, Safiq Rahim pada minit ke-60 walaupun usahanya terkena tangan penjaga gol, Bui Tan Truong.

Penyerang Selangor itu kemudian memastikan Malaysia memiliki kelebihan selesa untuk dipertahankan dalam tempoh tiga hari lagi apabila pantas menyambar bola muntah Tan Truong yang gagal menangkap kemas rembatan deras Safiq, 10 minit sebelum tamat permainan.

Ia adalah habuan terbaik buat barisan K Rajagobal yang banyak menguasai perlawanan dengan gerakan pantas yang sering mengucar-kacirkan pertahanan lawan, manakala berjaya mengehadkan Vietnam kepada percubaan jarak jauh.

More news on: http://www.bharian.com.my/

Credits to and source taken from: http://www.bharian.com.my/

Hasil kerja sepasukan: Safee
Oleh Harris Rajahdin dan Syed Riduan Ahmad

2010/12/16


PEMAIN negara sambil disokong ribuan penonton merai kemenangan ke atas Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Tugas kami belum selesai, pemain begitu gembira: Rajagobal

“SAYA bersyukur dapat menjaringkan dua gol malam ini,” kata Safee Sali.

Penyerang Selangor harus dijulang selaku wira skuad bola sepak negara selepas menyumbang dua gol ketika membantu tuan rumah menewaskan Vietnam 2-0 dalam saingan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Dia menambah: “Ia adalah hasil kerja berpasukan yang cukup mantap sebaik permainan bermula. Pada awalnya, Vietnam bermain dengan pantas, tetapi kami sabar menahan asakan sehingga muncul peluang kita untuk menjaringkan gol.

“Kemenangan ini adalah bekalan selesa untuk dibawa ke Hanoi nanti dan saya harap kita dapat mengekalkan kelebihan pada perlawanan separuh akhir kedua itu.”

Safee yang sebelum ini mencetus kebimbangan akibat kecederaan dikutipnya pada saingan peringkat kumpulan di Jakarta, kembali menemui sentuhan jaringan dengan menyempurnakan gol menerusi tandukan minit ke-60 dan tolakan mudah minit ke-80.

Mengenai perlawanan kedua di Hanoi, Sabtu ini, dia berkata: “Saya akan cuba mencari gol di tempat lawan pula supaya peluang kita melangkah ke final cerah.”

Sementara itu, jurulatih pasukan, K Rajagobal menyuarakan Vietnam adalah pasukan kuat tapi memberi pujian kepada anak didiknya atas usaha baik ini.
“Perbezaan malam ini, pemain begitu mahukannya. Kami akan memfokuskan terhadap perlawanan seterusnya. Tugas masih belum selesai ini, pemain begitu gembira dengan kemenangan ini,” katanya.

More news on: http://www.bharian.com.my/

Credits to and source taken from: http://www.bharian.com.my/

No comments:

Post a Comment