RSS

Isma AF7 keguguran anak ke-6?

Isma AF7 Keguguran, Zul 2 By 2 Sedih

1 MEI 2011: Bukan penyanyi Zul 2 By 2 sahaja sedih tapi Murai Batu juga turut sedih saat diberitahu berita mengenai Isma AF7 mengalami keguguran setelah hamil lebih dua bulan.

Berita ini disampaikan sendiri oleh teman baik Murai Batu yang ketika itu menerima pesanan BlackBerry Messenger (BBM) daripada Zul sendiri.

Khabarnya Isma AF7 mengalami pendarahan dengan banyak sekali secara tiba-tiba pada pagi Sabtu, 30 April lalu. Zul yang cemas melihat keadaan Isma ketika itu terus bergegas membawa Isma AF7 ke hospital.

Alangkah terkejut dan hampa pasangan ini apabila diberitahu yang kandungan Isma telah tiada dan dipercayai telah keguguran. Menurut rakan Murai Batu, Zul sendiri tidak tahu sebab musabab atau silapnya Isma boleh keguguran. Mungkin kerana penat sangat kot. Tu yang boleh keguguran.

Apa yang pasti, Zul yang mendapat tahu berita itu berasa sangat sedih dan kecewa. Namun dia akui terpaksa akur dengan kehendak Tuhan dan menganggap mungkin bukan rezeki mereka untuk menimang cahaya mata ke-6 lagi.

Zul juga khabarnya bersyukur kerana Isma berada dalam keadaan stabil dan berjanji akan menjaga lima orang anaknya yang sedia ada dengan sebaik-baiknya.

Read more/More news on: http://www.murai.com.my/

Credits to and source taken from: http://www.murai.com.my/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Visitors Map

Online Users