Caca tenang sejak bertudung
JAKARTA: Bagi peminat Marshanda, mereka mungkin tidak lagi dapat melihat rambut hitam, lurus dan panjang milik pelakon itu selepas dia berazam bertudung selama-lamanya.
Menceritakan pengalamannya, Marshanda, 21, berkata, dia sering mengikuti pengajian agama di Yayasan Darul Aitam di Jakarta Selatan.
Semakin memahami Islam, katanya, dia tidak hanya mahu menguasai teori, sebaliknya berazam mempraktikkannya.
“Saya mula bertudung pada 12 Jun lalu.
“Pada mulanya saya mendalami pengajian hadis dan lama-kelamaan, saya berasa sebenarnya saya disayangi Tuhan.
“Akhirnya saya memutuskan untuk mengenakan tudung,” katanya, semalam.
Dengan keputusan nekadnya itu, Marshanda - atau lebih mesra dipanggil Caca - berkata, dia berasa lebih tenang dan hampir dengan Tuhan.
“Kini saya mahu lebih dekat dengan Dia dan saya kini menjadi lebih tenang,” katanya. Mula beraksi di depan kamera sebagai model iklan ketika di sekolah rendah, Marshanda membintangi beberapa sinetron, termasuk Bidadari dan Puteri Yang Terbuang. - Agensi
Credits to and source taken from: http://www.hmetro.com.my/
http://skypecrews.blogspot.com/
The Strangest Year
3 years ago
0 comments:
Post a Comment