RSS

Suzana Radin Pangat, isteri Noorhisham Mohamad (Perunding Kewangan Peribadi CIMB cawangan Kampung Baru) percaya suaminya masih hidup

Isteri percaya Noorhisham masih hidup

Berita Harian Online | Isteri percaya Noorhisham masih hidup

SUZANA tidak dapat menahan kesedihan ketika ditanya wartawan mengenai suaminya di Ampang, semalam.
SUZANA tidak dapat menahan kesedihan ketika ditanya wartawan mengenai suaminya di Ampang, semalam.

AMPANG: “Perasaan saya kuat mengatakan suami masih hidup dan akan kembali ke pangkuan keluarga,” kata Suzana Radin Pangat, 38, isteri Noorhisham Mohamad, 38, Perunding Kewangan Peribadi CIMB cawangan Kampung Baru yang dibunuh bersama Datuk Sosilawati Lawiya.

Katanya, besar harapan mereka sekeluarga mahu suami selamat, bukan berita beliau dibunuh dengan kejam serta mayatnya dibakar.
“Saya tidak dimaklumkan keputusan forensik tulang yang dijumpai itu milik suami, jadi saya beranggapan beliau masih hidup dan akan kembali.
“Masih ada harapan buat kami sekeluarga, mungkin serpihan tulang itu milik empat individu lain yang hilang selepas berurusan dengan peguam berkenaan setahun lalu,” kata beliau di rumahnya di sini, semalam.

Katanya, polis hanya memaklumkan penemuan tulang itu dan belum mengesahkan ia milik suaminya serta akan memberi laporan rasmi pada masa terdekat.

“Kami tidak akan mengadakan solat jenazah dan hanya membuat tahlil dengan harapan semua yang hilang kembali dengan selamat.

“Harapan untuk mengadakan sambutan hari lahir suami hari ini (semalam) dengan meriah seperti dipinta Noorhisham diganti dengan majlis tahlil,” katanya.
Suzana yang dikurniakan tiga cahaya mata berusia lima hingga 15 tahun turut menyifatkan tindakan individu yang membakar empat mayat sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Saya boleh terima jika mendapat tahu suami dibunuh kerana boleh melihat mayatnya untuk disemadikan, namun sebaik mendengar mayat dibakar dan dibuang, sukar untuk terima,” katanya.

“Bagaimanapun, saya reda jika ia betul walaupun terlalu berat untuk menanggungnya terutama menggalas tanggungjawab membesarkan tiga anak yang masih kecil,” katanya yang turut menceritakan perkara sebenar kepada tiga anaknya.

Beliau berkata, sejak berita kejadian menimpa suaminya, beliau tidak mampu membaca surat khabar dan menonton televisyen, sebaliknya hanya dimaklumkan ahli keluarga.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Mohd Shukry Hussin ketika menziarah keluarga Noorhisham turut melahirkan perasaan simpati terhadap apa yang berlaku.

“Saya harap keluarganya tabah menerima apa yang berlaku dan saya juga terkejut mengenai perkara ini dan masih menunggu laporan rasmi daripada polis,” katanya.

Credits to and source taken from: http://www.bharian.com.my

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Visitors Map

Online Users