RSS

Irwansyah-Zaskia nikah 15 Januari, 2010 - Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Irwansyah akan menamatkan alam bujang pada 15 Januari depan...


Irwansyah-Zaskia nikah 15 Januari ini


Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Irwansyah akan menamatkan alam bujang pada 15 Januari depan. Hubungannya dengan penyanyi kumpulan The Sisters, Zaskia Sungkar membawa mereka ke jenjang pelamin.

Irwan dan keluarga bertandang ke rumah keluarga Zaskia di Jakartan Selatan pada 8 Disember lalu. Pasangan itu antara yang menjadi buruan media seiring dengan Pasha Ungu yang juga kini bergelar tungan orang.

Oleh: ROSLI MANAH (Yang mengikuti Tropic Jaya ke Indonesia untuk liputan Nagaswara Music Awards dan Indigo Awards di Jakarta baru-baru ini)

Mereka akan disatukan di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta. Untuk acara resepsi yang dijadualkan 6 Mac depan, mereka memilih tema klasik di kawasan terbuka di Hotel Four Season Jakarta. Tarikh tersebut dipilh kerana ulang tahun Irwan.

“Temanya klasik walaupun kami membuatnya di luar. Kita akan set untuk menampakkan ciri klasik. Kami sengaja pilih outdoor untuk memberikan ruang yang lebih luas," kata Irwansyah kepada media.

Sebelum ini, ayah Zaskia, Mark Sungkar menegaskan tidak akan bermegah-megahan untuk resepsi anak sulungnya itu. Ada yang mengatakan majlis pernihanan mereka yang dijadualkan pada bulan ini terpaksa ditangguh ke bulan Januari.

“Mereka menyokong majlis kami. Seboleh mungkin kami tak mahu menyusahkan orang tua. Awalnya kami tidak mahu majlis resepsi, tapi kerana saya dan Irwansyah anak sulung, makanya maki terpaksa membuat majlis resepsi,” kata Zaskia.

Sehari sebelum melamar Irwan memenani Zaskia ke Nagaswara Music Awars. Jelas pancaran bahagia terpancar pada wajah mereka.

Zaskia dan adiknya Shireen tercalon dalam anugerah itu menerusi kumpulan mereka, The Sisters. Mereka bernaung di bawah bumbung syarikat Nagaswara.

More news on: http://www.manggaonline.com.my

Credits to and source taken from: http://www.manggaonline.com.my

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Visitors Map

Online Users