RSS

5 Finalis Gegarkan Galaksi Mania!

SABTU (12 Mei 2012) - Akhirnya semua tanda tanya telah terjawab. Kesemua 5 finalis pentas akhir Mania sudah diumumkan. Hafiz, Aril, Stacy, Jaclyn Victor dan Hazama telah dipilih oleh rakyat Malaysia melalui undian SMS. 3 Bintang lagi iaitu Adira, Shia Amzah dan Ebi terpaksa berpuas hati dengan pencapaian mereka di Konsert Separuh Akhir Mania.


Berdasarkan dua persembahan yang telah disampaikan oleh setiap Bintang Mania, ternyata mereka telah melakukan apa sahaja untuk meraih undian daripada peminatnya. Segala usaha yang dilakukan ternyata berbaloi terutamanya kepada 5 finalis Mania. Sekarang 5 finalis ini akan beraksi merebut hadiah wang tunai RM500 ribu yang merelka impikan selama ini.

Berikut adalah kedudukan selepas talian undian ditutup.

1. Hazama - 15%
2. Stacy - 15%
3. Hafiz - 13%
4. Jaclyn Victor - 13%
5. Aril - 12%
6. Adira - 11%
7. Shila - 10%
8. Ebi - 10%

Kini, 5 Bintang Finalis bakal meneruskan perjuangan mereka merebut gelaran Juara di Galaksi Mania minggu hadapan. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai JUARA MANIA yang pertama? Saksikan Konsert Akhir Mania, Sabtu, 9 malam di Astro Ria (104), Saluran HD (188) dan Astro Ria (34) SingTel mio TV.

Memperkenalkan Aplikasi Telefon Bimbit Mania yang boleh dimuat turun secara PERCUMA! Aplikasi ini telah tersedia untuk pengguna iPhone dan kini boleh dinikmati leh pengguna telefon Android. Anda hanya perlu taip APPMANIA dan hantar ke 32888. Anda akan menerima pautan untuk dimuat turun. Info-info menarik seperti berita terkini, galeri, profil Bintang Mania dan video-video menarik disediakan dalam aplikasi ini. Jangan lupa dapatkannya sekarang!

Teruskan bersama Mania mengikuti perkembangan terkini 5 Bintang Finalis Mania menerusi laman web rasmi Mania di sini dan di laman sosial Facebook dan Twitter Mania (#ManiaAstro)

sambung baca:http://www.mania.com.my

Terima kasih/Kredit kepada/sumber:http://www.mania.com.my

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Visitors Map

Online Users