RSS

Keputusan AJL 25 Mengejutkan - Mengejutkan. Menghampakan. Itulah antara keluhan yang didengar daripada peminat dan rakan-rakan yang turut sama...

Keputusan AJL 25 Mengejutkan
Ditulis oleh Nonie

Mengejutkan. Menghampakan. Itulah antara keluhan yang didengar daripada peminat dan rakan-rakan yang turut sama menyaksikan Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25) sebentar tadi. Seakan-akan tidak percaya keputusan yang diumumkan.

Malah penonton bertindak meninggalkan stadium tika nama Ana Raffali diumumkan sebagai Juara Lagu 25. Buat pertama kalinya pemenang di booo penonton. Biasanya peminat pasti akan menunggu untuk dengar si juara membuat persembahan semula.

Entah di mana silapnya sehingga rata-rata yang menonton tidak dapat menerima kenyataan Ana Raffali merangkul anugerah berprestij ini? Ketua juri, M. Nasir menjadi individu pertama dipersoal tika pemenang diumumkan, namun dia tetap yakin keputusan yang dibuat begitu tepat.

Baginya laguTolong Ingatkan Aku mempunyai nilai kejujuran yang tinggi dan keputusan dilakukan dengan penuh kesedaran.

"Tolong Ingatkan Aku lagu yang sensitif, personal dan simple. Itu yang kami cari sebenarnya. Mungkin lagu ini tidak popular dan lagu lain lebih ramai peminat. Banyak lagu yang sedap tapi lemah pada liriknya. Lirik memainkan peranan yang besar kepada sesebuah lagu.

"Saya sedar keputusan ini akan dipertikaikan, namun apa yang penting rasa yang hadir dalam diri bila mendengar lagu ini. Lagu ini jujur berbanding lagu lain yang bertanding. Juri memilih lagu yang bagus, bukan lagu yang popular," ulasnya.

Apa kata Ana?

Pertanyaan pertama diajukan, apakah rasa hati apabila melihat hadirin bertindak meninggalkan dewan sejurus namanya diumumkan pemenang AJL 25?

Ana dilihat hanya melayan perasaan dan tersenyum sendirian walau dihentam pihak media yang tidak berpuas hati dengan keputusan juri.

Kata Ana, semua berhak menyatakan pendapat, namun keputusan juri adalah muktamad dan juri lebih berhak menilai lagu terbaik untuk dinobatkan sebagai juara.

"Saya tak sedih orang tak suka kemenangan saya. Kalau orang tak suka saya nak buat macam mana. Mungkin mereka balik awal sebab tak mahu bersesak-sesak (ketawa). Ternyata saya bukan peserta pilihan mereka.

"Namun peminat kena faham keputusan juri sebab juri terdiri daripada individu berpengalaman dan bijak pandai dalam muzik. Mendapat persetujuan mereka merupakan satu kemenangan terindah.

"Nak atau tidak, saya sudah mendapat kemenangan. Lagipun masih terlalu awal untuk berkata orang tak sukakan saya. Saya masih baru dalam industri dan ini penampilan pertama dalam AJL, berilah masa dan peluang," luahnya bersyukur dikurniakan kemenangan walau diuji pelbagai masalah sebelum persembahan.

Pemenang Anugerah Juara Lagu 25

Juara AJL25 - Tolong Ingatkan Aku - nyanyian Ana Raffali
Naib Juara AJL25 - Drama King - nyanyian Meet Uncle Hussein & Black
Tempat Ketiga AJL25 - Noktah Cinta - nyanyian Hafiz

Persembahan Terbaik - Hanyut (Faizal Tahir)
Vokal Terbaik - Hafiz (Noktah Cinta)

Foto: ASMARUDDIN JAMALUDDIN & NOORADZRENE. MOHD. NOOR

Read more on/More news on: http://www.manggaonline.com.my

Credits to and source taken from: http://www.manggaonline.com.my

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Visitors Map

Online Users