RSS

Pelakon, Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di sini akibat serangan jantung

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia
01/01/2011 5:58pm

KUALA LUMPUR 1 Jan (Bernama) — Pelakon, Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di sini akibat serangan jantung.

Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.

Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan. — Bernama

Read more/More news on: http://www.utusan.com.my/

Credits to and source taken from: http://www.utusan.com.my/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

SAIDATUL AZFA said...

http://www.rm20segera.com/?r=azfa_manisha

al-fatihah buat arwah faisal yusuf

ana ruzanna ab. talib said...

takziah d ucapkan.mmg terkejut sgt dpt thu berita ni. semoga roh arwah ditmpatkan bersama golongan beriman.

Post a Comment

Visitors Map

Online Users