RSS

Siti Sarah & Shuib Sepah Nikah 26 Februari Ini! - Siti Sarah Raisuddin dan Shahmira Muhammad atau Shuib (Raja Lawak) bakal melangsungkan...


Siti Sarah & Shuib Sepah Nikah 26 Februari Ini!

Tahniah diucapkan kepada pasangan Siti Sarah Raisuddin dan Shahmira Muhammad atau Shuib (Raja Lawak) yang bakal melangsungkan pernikahan pada hari Sabtu, 26 Februari ini di Jeumpa' D'Ramo, Bangsar Kuala Lumpur.

Pasangan ini telahpun mengikat hubungan cinta mereka dengan ikatan pertunangan pada November yang lalu dan sudah menjalinkan hubungan cinta semenjang tahun 2009 lagi.

Biarpun di awal perkenalan dan percintaan mereka, Sarah lebih banyak mendiamkan diri daripada bercerita tentang hubungan mereka berbanding Shuib yang lebih banyak berterus terang.

Mungkin kerana kegagalan hubungan bersama bekas tunangnya yang lalu, membuatkan Sarah berjaga-jaga dalam menjelaskan kisah cintanya kepada umum.

Apa pun itu kisah lama, yang penting kini Sarah bakal memulakan hidup barunya bersama Shuib. Mangga mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga Siti Sarah dan Shuib berbahagia hingga ke akhir hayat.

Read more/More news on: http://www.manggaonline.com.my

Credits to and source taken from: http://www.manggaonline.com.my

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Visitors Map

Online Users