RSS

Barisan Tenaga Pengajar Akademi Fantasia Musim Ke-9 (AF9) - Pengetua Akademi Fantasia 9 akan diumumkan pada Konsert Tirai AF9, 2 April 2011



Selain pengacara dan pengetua yang menjadi sebutan, barisan tenaga pengajar pula tidak kurang hebatnya. Akademi Fantasia 9 masih mengekalkan Cikgu Shafi dan Cikgu Fatimah Abu Bakar sebagai tenaga pengajar, manakala Cikgu Aris yang pernah muncul dalam Akademi Fantasia 7 kini kembali menjadi koreografer untuk Akademi Fantasia 9. Bekas pengkritik Akademi Fantasia, Adlin Aman Ramli dan Ning Baizura pula telah terpilih memasuki barisan tenaga pengajar untuk musim ini.

Cikgu Shafi akan memegang jawatan sebagai Guru Vokal Teknikal, Cikgu Aris sebagai Guru Tari, Cikgu Ning Baizura sebagai Guru Vokal Persembahan, Cikgu Fatimah sebagai Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris dan Adlin Aman Ramli sebagai Guru Seni Lakonan.

Bagaimana pula teknik pembelajaran mereka untuk musim terakhir dengan persekitaran yang baru ini? Nantikan Diari Akademi Fantasia 9, Isnin hingga Jumaat, jam 9 malam di Astro Ria (104). Saksikan juga secara eksklusif Diari Langsung melalui laman web rasmi Akademi Fantasia 9 di www.akademifantasia.com.my

Kredit diberikan kepada/sumber:: http://www.astro.com.my/

Guru Vokal Teknikal: Cikgu Syafi
Guru Vokal Persembahan: Cikgu Ning Baizura
Guru Tari: Cikgu Aris
Guru Seni Lakonan: Adlin Aman Ramli
Guru Bahasa Inggeris merangkap Kaunselor: Cikgu Fatimah Abu Bakar

Pengetua Akademi Fantasia 9 akan diumumkan pada Konsert Tirai AF9 2 April 2001 pukul 9 malam.

Kredit diberikan kepada/sumber: http://ezany-kun.com/

sumber maklumat dan gambar:
http://www.astro.com.my/
http://ezany-kun.com/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Visitors Map

Online Users