RSS

Mentor 5: Salma, Erra Fazira Kekal Juara Bertahan

Mentor 5: Salma, Erra Fazira Kekal Juara Bertahan

Teks: Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 27 APRIL 2011: Tidak pernah berganjak! Begitulah kedudukan protégé Erra Fazira iaitu Salma yang sentiasa berada di tangga teratas pada setiap pusingan dalam Mentor 5. Termasuklah kedudukannya di pusingan ketiga yang berlangsung pada Ahad lalu.

Apa yang pasti peratusan yang diperolehi Salma untuk pusingan ketiga dalam kumpulan B telah jauh meninggalkan saingan lain dengan markah sebanyak 80 peratus. Bukan sahaja telah mendahului saingan kumpulan B, malah jumlah markah dari keseluruhan pusingan protégé Erra Fazira ini adalah yang tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 237.

Sementara itu, jika dilihat kepada carta kedudukan Kumpulan B yang telah memasuki pusingan ketiga Ahad lalu, protege Rahim Maarof iaitu Aiman pula berada di posisi terakhir dengan jumlah kutipan markah keseluruhan sebanyak 140.

Manakala protege Edry Abdul Halim iaitu Iqa kini telah mendahului Aiman iaitu tempat kedua dalam kumpulan B dengan lebihan 34 markah daripada jumlah markah ketiga-tiga pusingan yang diperolehinya.

Mengimbau persembahan kumpulan B dalam pusingan ketiga Ahad lalu, Aiman telah membuka tirai konsert dengan nyanyian solo lagu hitsHafiz , Noktah Cinta. Manakala dalam segmen cabaran berduet bersama artis pilihan pula, bukan calang-calang artis yang menjadi pilihan Aiman. Dia telah bergandingan dengan Roy menerusi lagu Ratnaku.

Selepas itu, diikuti oleh Salma yang menggegarkan pentas Auditorium MBSA Shah Alam dengan himpunan medley menghiburkan Penasaran / Kopi Dangdut / Kabhi Khushi Kabhie Gham.

Salma sekali lagi memukau seluruh penonton dan barisan juri pada malam itu dengan duet hebat bersama Azlan (& The Typewriter) yang cukup dikenali dengan kehebatan vokal tingginya sebagai artis jemputan pilihan, menerusi lagu klasik Allahyarham P.Ramlee, Jeritan Batinku.

Tampil dengan begitu unik beserta kostum yang menarik, Iqa yang juga protege Edry Abdul Halim mempamerkan kekuatan vokal dan tariannya dengan sebuah medley Bad Romance / Ganas yang cukup bertenaga. Manakala untuk cabaran duet pula, Iqa menggamit kerinduan penonton terhadap Allahyarham Sudirman Hj Arshad menerusi lagu keramat arwah, Merisik Khabar.

Sebelum menutup tirai, protege-protege Kumpulan B menghiburkan penonton malam itu dengan membawakan medley penyanyi lelaki popular Malaysia, Anuar Zain seperti Bila Resah / Ketulusan Hati / Keabadian Cinta / Ku Berjanji Karna Cinta.

Minggu ini, konsert ketiga Kumpulan B turut diserikan dengan kehadiran Ratu Etnik / Kreatif dan Irama Malaysia, Noraniza Idris sebagai juri jemputan menemani Ramli M.S. selaku juri tetap.



Read more/More news on: http://www.murai.com.my/

Credits to and source taken from: http://www.murai.com.my/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Visitors Map

Online Users