RSS

Raqib tersingkir dalam Konsert Minggu Ke-4 Akademi Fantasia Musim Ke-9 (AF9) pada 30 April 2011 - Konsert AF9: Malam Kecundang Buat Raqib


Konsert AF9: Malam Kecundang Buat Raqib

KUALA LUMPUR, 30 APRIL 2011: Konsert minggu ke 4 Akademi Fantasia 9 (AF9) yang berlangsung sebentar tadi telah menyaksikan Raqib sebagai pelajar terbaru tersingkir dari akademi mengikuti jejak langkah lima rakannya sebelum ini.

Raqib atau nama sebenarnya Fahrur Raqib Abdul Majid, 20, tersingkir selepas menerima AFUNDI terendah minggu ni berbanding lapan rakannya yang lain. Dalam konsert ini, Raqib menyampaikan lagu Mengitung Hari nyanyian asal dari Krisdayanti.

Pengumuman penyingkiran Raqib dibuat oleh hos AF9, Aznil Hj Nawawi dan kelihatan rakan-rakan seperjuangannya tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata apabila nama Raqib diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir.

Konsert minggu ke 4 ini telah bersiaran secara langsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil dan dipancarkan secara terus menerus ke Astro Ria (saluran 104). Turut menyerikan konsert pada malam ini ialah kehadiran artis jemputan Fizz Fairuz untuk membantu persembahan Nera dan kemunculan Altimet, Adeeb dan DJ Fuzz membuat persembahan istimewa.

Rudy dari Harian Metro adalah pengkritik jemputan untuk minggu ini disamping Fauziah Dato' Ahmad Daud dan Hattan sebagai pengkritik tetap.

Dengan penyingkiran itu, kini tinggal 8 pelajar bakal meneruskan perjuangan bagi mencari siapakah bakal menjadi juara terakhir untuk program realiti ini.

Teruskan mengundi pelajar pilihan anda dengan menaip AFUNDI dan hantarkan ke 32999. Anda juga boleh mengundi secara pukal dengan menaip AFUNDI<3/5/10/20> dan hantarkan ke 32999.

Diari Akademi Fantasia boleh ditonton setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 9 malam dan Konsert Akademi Fantasia pula ke udara pada setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Read more/More news on: http://www.murai.com.my/

Credits to and source taken from: http://www.murai.com.my/

Sila klik di sini untuk mengikuti video klip Konsert Minggu Ke-4 pada 30 April 2011

Diari Akademi Fantasia Musim Ke-9 (AF9) Minggu Keempat Hari Pertama

Diari Akademi Fantasia Musim Ke-9 (AF9) Minggu Keempat Hari Kedua

Diari Akademi Fantasia Musim Ke-9 (AF9) Minggu Keempat Hari Ketiga

Diari Akademi Fantasia Musim Ke-9 (AF9) Minggu Keempat Hari Keempat

6 Pelajar Lelaki - ERUL, AZRI, AFIF, RAQIB, KAY, HAZAMA
3 Pelajar Wanita - LENA, NERA, FINA


Nama Sebenar: Fahrur Raqib B. Abdul Majid
Nama Afundi: RAQIB
Asal: Melaka
Umur: 21 tahun
Pekerjaan: Pelajar
Pengalaman sebelum ini akan Raqib jadikan bekalan untuk pentas AF9! Jom undi Raqib!

Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:
1. Suka mencuba sesuatu yang baru
2. Sangat meminati seni
3. Berfikiran terbuka
4. Baik hati
5. Penyayang

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
Makan nasi dan meggi. Campur sekali.

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Afgan kerana suaranya sangat bagus dan selamba

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Menyertai Bintang RTM 2008

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Untuk menimba ilmu, bejar vocal dan untuk memajukan hidup saya

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Mahasiswa dan penghibur

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Aizat kerana suaranya yang mantap dan pandai membuat lagu




Nama Sebenar: Nur Shafinaz Binti Jebat
Nama Afundi: FINA
Asal: Melaka
Umur: 18 tahun
Pekerjaan: Belum bekerja, tapi selalu ambil show-show di luar atau di dalam Melaka.

Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:
Ada kebolehan menari, suka berkawan, suka buat orang gembira dan memiliki mutu suara yang mantap.

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
Dari kecil dah menyanyi depan raja-raja.

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Alicia Keys, kerana dia mempunyai vokal yang mantap dan jarang di temui suara sebegitu dan ramai yang menggemarinya.

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Nyanyi depan raja-raja, back up singer dan konsert bersama artis-artis Malaysia dan pernah berlakon di Tv3 dan RTM.

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Kerana ingin mengilapkan lagi bakat-bakat yang sedia ada dan ingin mempelajari ilmu-ilmu dari tenaga pelajar yang hebat.

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Saya mungkin belajar atau nyanyi di show bersama adik-beradik S.A.S.S.U.

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Hafiz dan Stacy, kerana lagu-lagu mereka sering di mainkan atau di iklankan sebagai drama-drama dan mereka mempunyai ramai pengaruh dan tenaga yang secukupnya.



Nama Sebenar: Lenaber Binti Hadir
Nama Afundi: LENA
Asal: Sabah
Umur: 21 tahun
Pekerjaan: Peniaga pasar malam.
Kalau dahulu hanya menyanyi di pasar malam, kini impian Lena menyanyi di pentas AF terlaksana dengan undian anda!
Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:

Saya mempunyai imej tersendiri, rambut panjang, periang, seorang yang memahami orang lain dan suka berkawan.

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
Saya pernah menyanyi di pasar malam dan setiap orang yang lalu-lalang bagi Lena duit.

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Vina Morales dan Jericho Rosales.

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Pernah menyertai banyak pertandingan dan pernah bekerja di Trinity Butik.

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Sebab Lena ingin membuktikan kepada orang-orang yang selama ini memandang rendah kepada Lena.

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Seorang bisnes woman yang berjaya.

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Shahir, sebab dia menyanyi dengan bersungguh-sungguh dan jujur.


Nama Sebenar: Queennera Francine Francis Kitingon
Nama Afundi: Nera
Asal: Sabah
Umur: 19 tahun
Pekerjaan: Pelajar.

Dengan bakat yang Nera ada, Nera akan gegarkan pentas AF9! Pastikan anda undi Nera!

Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:

Saya seorang yang suka budak-budak, sukakan binatang, penyayang dan manja.

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
Buat riak-riak muka yang hodoh.

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Michael Buble, sebab Nera minat sangat dengan genre Jazz dan minat dengan suara unik dan seksi Michael Buble.

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Pernah mengikuti pertandingan menanyi kecil-kecilan dan pernah mengikuti koir.

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Nera ingin mencungkil bakat dan kerna AF mempunyai pakej-pakej pembelajaran vocal/muzik yang berkaliber.

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Nera akan terus melanjutkan pelajaran dan modelling.

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Stacy, sebab beliau rock, cool dan suaranya unik.

Nama Sebenar: Hazama Bin Ahmad Azmi
Nama Afundi: HAZAMA
Asal: Keramat
Umur: 27 tahun
Pekerjaan: Kerja Sambilan.

Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:
Seorang yang peramah, ceria, kadang-kadang banyak cakap, senyum, pemarah dan nakal.

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
Masa belum cukup matang dulu saya suka buat benda-benda yang pelik-pelik. Tapi sekarang ni saya ikut je apa yang berlaku di sekeliling saya.

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Once (Dewa), sebab saya minat sangat dengan Once.

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Pernah menyanyi menyanyi hampir seluruh Malaysia sebab saya dapat sertai program Gempak Desa yang di anjurkan oleh Astro..

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Saya ingin sertai AF kali ini sebab Amy search dan kali ni AF yang terakhir. Jadi, mungkin saya takkan dapat peluang untuk masuk AF lagi.

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Saya masih menyanyi untuk Astro dan mungkin masih menyanyi dengan Meet Uncle Hussein sebagai penyanyi sementara..

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Mawi sebab dia ‘world’.



Nama Sebenar: Nur Khaidir B. Muhid

Nama Afundi: KAY
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 22 tahun
Pekerjaan: Bekerja sendiri

Yang terbaik daripada Kay hanya untuk anda! Pastikan anda mengundi Kay okey!

Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:
Saya seorang yang versatile, kuat bekerja, tidak mudah berputus asa, seorang yang gila gila dan mewarisi darah seni keluarga

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
ekerja menyanyi tanpa tidur selama seminggu

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Beyonce dan Justin Timberlake, kerana mereka idola saya.

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Afgan atau Neyo kerana mereka membawa lagu bergenre Ballad dan R&B

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Menjadi platform untuk mengembangkan bakat saya dan tidak lagi dilabel sebagai penyanyi kelab malam

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Masih lagi bekerja sendiri

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Hafiz AF7, kerana mempunyai vocal yang sangat mantap dan Stacy kerana boleh menari sambil bernyanyi


Nama Sebenar: Ahmad Aliff Afif Bin Tirmizie
Nama Afundi: Afif
Asal: Selangor
Umur: 25 tahun
Pekerjaan: Jurucakap syarikat perniagaan.

“Dengan semangat anda, Afif pasti mara! Dengan undian anda, Afif pasti berjaya!”


Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:
Saya stylo, tidak sombong dan sederhana.

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
Pernah bekerja di kedai haiwan peliharaan dan perhotelan.

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Beyonce dan Justin Timberlake, kerana mereka idola saya.

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Konsert Jom Heboh, konsert Rock The World 2010 dan konsert Ria 2011 bersama AC Mizal.

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Peluang untuk saya mengembangkan bakat selain dari mencapai cita-cita dan impian.

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Seorang jurucakap syarikat dan pengedar tudung.

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Aizat, kerana suara lain dari yang lain dan pandai mencipta lagu.


Nama Sebenar: Mohamad Azri B. Abdullah
Nama Afundi: AZRI
Asal: Selangor
Umur: 24 tahun
Pekerjaan: Pemuzik Gamelan.

Sokonglah saya kerana saya pasti akan memberi persembahan yang paling bagus! Terima kasih!

Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:

1. Seorang yang ceria dan peramah
2. Suka sakat orang disekeliling
3. Suka senyum

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
Menaiki KTM dari Rawang sehingga ke Seremban dan patah balik ke Rawang. Saja kerana bosan

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Chris Daughtry kerana vokalnya yang mantap

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Menyanyi dengan kumpulan Breakfast Band

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Untuk membentuk diri menjadi seorang pengnyanyi dan penghibur

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Seorang pemuzik gamelan.

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Stacy kerana persembahan mantapnya.


Nama Sebenar: Khairul Najmuddin Abu Samah
Nama Afundi: Erul
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 20 tahun
Pekerjaan: Pelajar IPT (Aswara).

Sorakan anda berikan Erul semangat! Undian anda pastinya membawa Erul menuju puncak!


Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:
Saya seorang yang periang dan sukakan benda-benda yang comel.

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
Pernah berpeluang belajar bersama Jaclyn Victor, Syafinaz dan Dia Fadilla.

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Nickhun, Justin Bieber, Lady Gaga, Rain, B2st, Chris Brown dan Neyo, kerana mereka semua adalah idola saya.

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Pernah menjadi protégé Jaclyn Victor, membuat persembahan bersama Mawi untuk Hari Ibu dan menyanyi dalam bahasa cina di Pesta Aswara 2010.

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Untuk menimba ilmu dan mencari pengalaman belajar dengan tenaga-tenaga pengajar yang berbakat besar dan banyak pengalaman.

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Seorang mahasiswa (Aswara).

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Stacy dan Hafiz kerana kekuatan vocal nyanyian serta cara persembahan mereka menampkakkan impak.

For more information continue reading/Untuk maklumat lanjut terus layari: http://www.astro.com.my

sumber maklumat dan gambar:
http://www.astro.com.my/
Astro Ria
http://www.melvister.com/
http://kulanzsalleh.com/
guatvcom Channel

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Visitors Map

Online Users