RSS

Miza tersingkir dalam Konsert Minggu Ketiga Akademi Fantasia Musim Ke-9 (AF9) pada 23 April 2011 - Amir-Aida Gugur, Fina-Hazama Diserap



Miza Tersingkir, Amir-Aida Gugur, Fina-Hazama Diserap

KUALA LUMPUR, 23 APRIL 2011: Konsert Minggu Ketiga Akademi Fantasia 9 (AF9) menyaksikan drama air mata menghiasi penghujung siarannya apabila tiga pelajar terpaksa meninggalkan akademi manakala dua pelajar baru di bawa masuk, sebentar tadi.

Miza atau nama sebenarnya Roshammizah Binti Rosli, 27, terpaksa meninggalkan akademi melalui format asal AF setelah mendapat AFUNDI terendah berbanding rakan-rakannya yang lain. Persembahan Miza pada konsert ini iaitu lagu Sofea Jane nyanyian asal Black gagal memikat pengkritik lantas menerima kritikan pedas.

Dua pelajar lagi, Aida dan Amir pula disingkirkan melalui sistem permarkahan yang melibatkan 50% undian penonton dan separuh lagi adalah hasil penilaian dari barisan tenaga pengajar sendiri. Aida atau nama sebenarnya Nur Suhada Binti Jebat, 19, dan Amir atau Mohamad Amirullah B. Jahari, 18, adalah mangsa kepada sistem pengguguran yang mula diperkenalkan pihak fakulti AF9 bermula minggu lalu. Aida menyampaikan lagu Terlalu Istimewa nyanyian asal Adibah Noor dan Amir pula menyampaikan lagu Dilema dari D'Masiv.

Pengguguran Amir dan Aida telah membuka jalan kepada dua pelajar baru iaitu Fina dan Hazama untuk diserap masuk ke dalam akademi. Ironinya, Fina yang diserap masuk adalah adik kepada Aida yang digugurkan manakala Hazama pula ada muka yang tidak asing lagi dalam AF kerana sebelum ini dia pernah menjadi calon konsert prelude untuk AF4. Pengumuman penyingkiran, pengguguran, dan penyerapan masuk ini telah dibuat oleh hos AF9, Aznil Hj Nawawi.

Konsert ketiga AF9 ini telah bersiaran langsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil dan pengkritik jemputan pada malam ini ialah bekas pengetua AF8, Norman Abd Halim di samping Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Hattan selaku pengkritik tetap.

Teruskan mengundi pelajar pilihan anda dengan menaip AFUNDI dan hantarkan ke 32999. Anda juga boleh mengundi secara pukal dengan menaip AFUNDI<3/5/10/20> dan hantarkan ke 32999.

Diari Akademi Fantasia boleh ditonton setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 9 malam dan Konsert Akademi Fantasia pula ke udara pada setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Read more: http://www.murai.com.my/

source/sumber maklumat: http://www.murai.com.my/


Sila klik di sini untuk mengikuti video klip Konsert Minggu Ke-3 pada 23 April 2011

6 Pelajar Lelaki - AMIR, ERUL, AZRI, AFIF, RAQIB dan KAY
4 Pelajar Wanita - LENA, AIDA, MIZA, NERA


Nama Sebenar: Nur Suhada Jebat
Nama Afundi: AIDA
Asal: Melaka
Umur: 19 tahun
Pekerjaan: Pelajar UiTM, Shah Alam

“Kecil-kecil Cili Padi, Walaupun Aida ini kecil, akan pasti menyengat nanti! Undi Aida OK!”

Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:
Seorang yang garang, manja, kuat makan, dan kuat tidur.

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
Masuk dalam beg baju dan kawan-kawan bawa berjalan.

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Usher. Kerana beliau unik, menarik dan sangat berpengalaman.

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Pernah menyanyi untuk konsert-konsert Jabatan Pelajaran Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan. Menyanyi separuh masa di Restaurant Delicious.

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Saya ingin menjadi juara pada musim terakhir ini, memenuhi impian keluarga, menceburi bidang seni dengan lebih mendalam dan memperbaiki taraf kehidupan.

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Jika tidak menyertai AF9, saya adalah seorang pelajar Semester Kedua UiTM Shah Alam, Diploma Seni Muzik.

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Vince. Beliau mempunyai gaya tersendiri, pakej, marketing, bangsa lain yang fasih berbahasa melayu.


Nama Sebenar: Lenaber Binti Hadir
Nama Afundi: LENA
Asal: Sabah
Umur: 21 tahun
Pekerjaan: Peniaga pasar malam.
Kalau dahulu hanya menyanyi di pasar malam, kini impian Lena menyanyi di pentas AF terlaksana dengan undian anda!
Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:

Saya mempunyai imej tersendiri, rambut panjang, periang, seorang yang memahami orang lain dan suka berkawan.

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
Saya pernah menyanyi di pasar malam dan setiap orang yang lalu-lalang bagi Lena duit.

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Vina Morales dan Jericho Rosales.

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Pernah menyertai banyak pertandingan dan pernah bekerja di Trinity Butik.

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Sebab Lena ingin membuktikan kepada orang-orang yang selama ini memandang rendah kepada Lena.

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Seorang bisnes woman yang berjaya.

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Shahir, sebab dia menyanyi dengan bersungguh-sungguh dan jujur.


Nama Sebenar: Roshammizah Rosli
Nama Afundi: MIZA
Asal: Selangor
Umur: 27 tahun
Pekerjaan: Kerja sambilan sebagai tutor kepada pelajar kolej.

Miza perlu sokongan anda untuk terus berada di Akademi Fantasia! Undi Miza banyak2 OK!

Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:

Suara bercakap yang kecil tetapi besar bila menyanyi. Seorang yang pendiam tetapi tidak boleh berhenti bercakap bila dah mula buka mulut.

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
Tindik di bibir untuk hari raya.

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Cee Lo Green kerana beliau seksi dengan gaya tersendiri.

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Pernah menyertai pertandingan nyanyian reality tv lain dan dinner shows.

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Untuk memperkenalkan diri dalam bidang industry muzik dan membuktikan kepada orang lain yang saya adalah seorang yang positif dan sentiasa okay.

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Pegawai Pendaftar Universiti.

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Aizat, kerana seorang yang kreatif dalam penulisan lagu.


Nama Sebenar: Queennera Francine Francis Kitingon
Nama Afundi: Nera
Asal: Sabah
Umur: 19 tahun
Pekerjaan: Pelajar.

Dengan bakat yang Nera ada, Nera akan gegarkan pentas AF9! Pastikan anda undi Nera!

Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:

Saya seorang yang suka budak-budak, sukakan binatang, penyayang dan manja.

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
Buat riak-riak muka yang hodoh.

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Michael Buble, sebab Nera minat sangat dengan genre Jazz dan minat dengan suara unik dan seksi Michael Buble.

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Pernah mengikuti pertandingan menanyi kecil-kecilan dan pernah mengikuti koir.

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Nera ingin mencungkil bakat dan kerna AF mempunyai pakej-pakej pembelajaran vocal/muzik yang berkaliber.

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Nera akan terus melanjutkan pelajaran dan modelling.

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Stacy, sebab beliau rock, cool dan suaranya unik.



Nama Sebenar: Nur Khaidir B. Muhid

Nama Afundi: KAY
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 22 tahun
Pekerjaan: Bekerja sendiri

Yang terbaik daripada Kay hanya untuk anda! Pastikan anda mengundi Kay okey!

Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:
Saya seorang yang versatile, kuat bekerja, tidak mudah berputus asa, seorang yang gila gila dan mewarisi darah seni keluarga

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
ekerja menyanyi tanpa tidur selama seminggu

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Beyonce dan Justin Timberlake, kerana mereka idola saya.

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Afgan atau Neyo kerana mereka membawa lagu bergenre Ballad dan R&B

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Menjadi platform untuk mengembangkan bakat saya dan tidak lagi dilabel sebagai penyanyi kelab malam

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Masih lagi bekerja sendiri

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Hafiz AF7, kerana mempunyai vocal yang sangat mantap dan Stacy kerana boleh menari sambil bernyanyi


Nama Sebenar: Ahmad Aliff Afif Bin Tirmizie
Nama Afundi: Afif
Asal: Selangor
Umur: 25 tahun
Pekerjaan: Jurucakap syarikat perniagaan.

“Dengan semangat anda, Afif pasti mara! Dengan undian anda, Afif pasti berjaya!”


Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:
Saya stylo, tidak sombong dan sederhana.

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
Pernah bekerja di kedai haiwan peliharaan dan perhotelan.

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Beyonce dan Justin Timberlake, kerana mereka idola saya.

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Konsert Jom Heboh, konsert Rock The World 2010 dan konsert Ria 2011 bersama AC Mizal.

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Peluang untuk saya mengembangkan bakat selain dari mencapai cita-cita dan impian.

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Seorang jurucakap syarikat dan pengedar tudung.

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Aizat, kerana suara lain dari yang lain dan pandai mencipta lagu.


Nama Sebenar: Mohamad Amirullah B. Jahari
Nama Afundi: AMIR
Asal: Sarawak
Umur: 19 tahun
Pekerjaan: Pelajar IPT (ASWARA)

Amir muncul penuh bertenaga! Pastinya akan menghiburkan anda! Jangan lupa! Undi Amir!


Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:
Seorang yang lawak, periang, mesra, pandai bermain gitar dan pandai menarik hati orang

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
Saya suka sebut BEBEHHHH!!!

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Jason Mraz kerana saya suka gaya dan suaranya

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Menyanyi ditepi jalan(Busker)

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Kerana ingin mengubah nasib hidup saya

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Seorang Busker dan student

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Akim AF7 kerana dia mempunyai suara yang membuatkan saya kagum


Nama Sebenar: Mohamad Azri B. Abdullah
Nama Afundi: AZRI
Asal: Selangor
Umur: 24 tahun
Pekerjaan: Pemuzik Gamelan.

Sokonglah saya kerana saya pasti akan memberi persembahan yang paling bagus! Terima kasih!

Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:

1. Seorang yang ceria dan peramah
2. Suka sakat orang disekeliling
3. Suka senyum

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
Menaiki KTM dari Rawang sehingga ke Seremban dan patah balik ke Rawang. Saja kerana bosan

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Chris Daughtry kerana vokalnya yang mantap

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Menyanyi dengan kumpulan Breakfast Band

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Untuk membentuk diri menjadi seorang pengnyanyi dan penghibur

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Seorang pemuzik gamelan.

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Stacy kerana persembahan mantapnya.


Nama Sebenar: Khairul Najmuddin Abu Samah
Nama Afundi: Erul
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 20 tahun
Pekerjaan: Pelajar IPT (Aswara).

Sorakan anda berikan Erul semangat! Undian anda pastinya membawa Erul menuju puncak!


Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:
Saya seorang yang periang dan sukakan benda-benda yang comel.

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
Pernah berpeluang belajar bersama Jaclyn Victor, Syafinaz dan Dia Fadilla.

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Nickhun, Justin Bieber, Lady Gaga, Rain, B2st, Chris Brown dan Neyo, kerana mereka semua adalah idola saya.

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Pernah menjadi protégé Jaclyn Victor, membuat persembahan bersama Mawi untuk Hari Ibu dan menyanyi dalam bahasa cina di Pesta Aswara 2010.

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Untuk menimba ilmu dan mencari pengalaman belajar dengan tenaga-tenaga pengajar yang berbakat besar dan banyak pengalaman.

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Seorang mahasiswa (Aswara).

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Stacy dan Hafiz kerana kekuatan vocal nyanyian serta cara persembahan mereka menampkakkan impak.


Nama Sebenar: Fahrur Raqib B. Abdul Majid
Nama Afundi: RAQIB
Asal: Melaka
Umur: 21 tahun
Pekerjaan: Pelajar
Pengalaman sebelum ini akan Raqib jadikan bekalan untuk pentas AF9! Jom undi Raqib!

Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:
1. Suka mencuba sesuatu yang baru
2. Sangat meminati seni
3. Berfikiran terbuka
4. Baik hati
5. Penyayang

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
Makan nasi dan meggi. Campur sekali.

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Afgan kerana suaranya sangat bagus dan selamba

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Menyertai Bintang RTM 2008

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Untuk menimba ilmu, bejar vocal dan untuk memajukan hidup saya

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Mahasiswa dan penghibur

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Aizat kerana suaranya yang mantap dan pandai membuat lagu

For more information continue reading/Untuk maklumat lanjut terus layari: http://www.astro.com.my

sumber maklumat dan gambar:
http://www.astro.com.my/
Astro Ria
http://www.melvister.com/
http://kulanzsalleh.com/
emeraldL2009 Channel

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Visitors Map

Online Users