RSS

Siti Sarah Sudah Hamil Cahaya Mata Pertama

Siti Sarah Sudah Hamil Cahaya Mata Pertama

23 APRIL 2011: Murai Batu tumpang gembira bila dapat tahu penyanyi Saat Hilang Cintamu, Siti Sarah Raisuddin yang bernikah dengan Shuib Sepah pada 26 Februari 2010 yang lalu telah pun disahkan hamil sebulan setengah.

Berita yang menggembirakan ini telah disampaikan sendiri oleh rakan Murai Batu sendiri yang secara kebetulan ada berjumpa dan berbual dengan Sarah sewaktu selepas berlangsungnya Maharaja Lawak, Jumaat lalu.

Menurutnya lagi, Sarah Raisuddin yang hampir setiap minggu menemani suaminya ahli kumpulan Sepah di Studio Finas itu kelihatan nampak comel dan sudah nampak sedikit buncit dan bulat pada bahagian perutnya walaupun tak sampai dua bulan hamil.

Patutlah, bentuk badan Sarah Raisuddin sejak kebelakangan ini sudah nampak sedikit berisi Rupanya ada betul-betul 'berisi'. Apa-apa pun, tahniahlah Murai Batu ucapkan kepada mereka. Tentu seronok dapat menimang cahaya mata di awal perkahwinan mereka ini.

Tapi tak silap Murai Batu mereka bakal mengadakan majlis resepsi perkahwinan pada hujung tahun ini. Macam mana tu?Nampaknya, ia mungkin terpaksa ditanggungkan.

Read more: http://www.murai.com.my/

source/sumber maklumat: http://www.murai.com.my/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Visitors Map

Online Users