RSS

Nurshafinaz binti Jebat atau Fina, 18, adalah pelajar bertuah yang menerima imuniti pada Mei 28, 2011 di penghujung Konsert AF9 Minggu ke-8



Konsert Minggu 8 AF9: Imuniti Milik Fina

KUALA LUMPUR, 28 MEI 2011: Persoalan siapakah pemilik imuniti yang digembar-gemburkan sejak konsert keenam Akademi Fantasia 9 (AF9) lalu terjawab sebentar tadi dalam konsert minggu ke 8 AF9.

Nurshafinaz binti Jebat atau Fina, 18, pelajar yang diserap masuk pada minggu ketiga lalu adalah pelajar bertuah yang menerima imuniti berkenaan, dan sekaligus seperti dijanjikan, dia telah layak beraksi di konsert final nanti tanpa perlu membuat persembahan di minggu ke 9.

Imuniti ini adalah hasil gabungan 50% markah tenaga pengajar dan 50% kiraan undian SMS kepada Fina. Dalam konsert kelapan ini FIna menyampaikan lagu Samudera nyanyian asal Nora.

Sejak kemasukannnya ke dalam akademi di minggu ketiga dahulu, Fina telah menarik perhatian ramai kerana potensi yang ada pada dirinya selain statusnya sebagai adik kepada Aida, seorang lagi pelajar AF9. Malah kemasukannya juga mengejutkan kerana pada malam dia diserap masuk, kakaknya pula telah digugurkan dari akademi.

Konsert kelapan yang bersiaran secara langsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil ini juga menyaksikan tiada penyingkiran walaupun pada awalnya, hos Aznil Haji Nawawi telah mengumumkan nama Lena sebagai pelajar yang berada di tangga tercorot AFUNDI.

Terdahulu, para pelajar telah menyampaikan lagu tugasan minggu ini yang mana telah dipilih sendiri oleh pendengar radio rasmi AF9, Era FM dan pelayar portal hiburan rasmi, murai.com.my . Istimewa minggu ini ialah para pelajar diberi kebebasan memlilih tema dan konsep persembahan, pakaian yang ingin dikenakan dan susunan muzik bagaimana yang mereka mahukan ketika membuat persembahan.

Bekas pelajar AF5, Aizat muncul membuat persembahan khas malam ini menyampaikan lagu Years From Now. Sham Kamikaze hadir sebagai pengkritik jemputan disamping dua pengkritik tetap, Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Hattan.

Teruskan mengundi pelajar pilihan anda dengan menaip AFUNDI dan hantarkan ke 32999. Anda juga boleh mengundi secara pukal dengan menaip AFUNDI<3/5/10/20> dan hantarkan ke 32999.

Diari Akademi Fantasia boleh ditonton setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 9 malam dan Konsert Akademi Fantasia pula ke udara pada setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Credits to/source taken from: http://www.murai.com.my/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Visitors Map

Online Users