Cinta Akim & Stacy
Ditulis oleh wahida othman
Jumaat, 18 Februari 2011 13:50
Mereka tidak pernah mengaku bercinta, namun umum mengetahui ada suatu hubungan yang terjalin antara mereka berdua.
Melihat dari cara mereka bersama, sering bergurau manja dan adakalanya kelihatan terlalu mesra, Akim dan Stacy tidak mampu menyembunyikan hubungan itu daripada mata kasar peminat.
"Sebenarnya kami hanya teman baik, sejak bertemu dalam satu konsert kira-kira dua tahun lepas, hubungan saya dengan Akim memang menjadi semakin rapat.
"Bila kami rapat, ramai yang menyangka kami bercinta, padahal yang sebenarnya kami sering bergaduh. Antara saya dan Akim, kami sama-sama gila dan apa yang kami fikirkan kebanyakannya sama.
"Tak sangka pula, kerana gosip cinta saya dengan Akim, pihak Wall's Cornetto berminat mengambil saya sebagai duta untuk produk mereka ini.
"Saya berterima kasih pada Akim, pada pihak media, kerana mereka semua yang sebenarnya banyak membantu saya selama ini,"jelas Stacy.
Gembira Bersama
Seperti Stacy, Akim juga gembira bila di beritahu bakal bergandingan bersama Stacy sebagai duta terbaru Wall's Cornetto.
"Tak sangka kontrak saya bersama Wall's disambung lagi untuk jangkamasa setahun, dan tak sangka pula untuk tahun ni saya akan di gandingkan bersama kawan rapat saya sendiri, Stacy.
"Selama saya menjadi duta untuk Wall's saya tidak pernah meminta atau memujuk mereka mengambil Stacy sebagai duta bersama,malah pemilihan Stacy kali ini adalah atas pilihan mereka sendiri dan bukan kerana pujukan saya.
"Nampaknya jodoh kami bukan sekadar di kalangan media-media sahaja malah ia juga sehingga ke banting-banting Wall's nanti. secara jujurnya saya senang berkawan dengan Stacy, sebab dia boleh dibawa bergurau kasar, tak macam orang perempuan lain,"luah Akim yang belum mahu memikirkan soal cinta.
Wall's Cornetto
Ditanya mengenai pemilihan Stacy dan Akim sebagai Duta wall's yang baru, jelas Verkuil,pengarah Bahagian Makanan, Malaysia dan Singapura, Unilever (Malaysia) Holding Sdn Bhd, ia sememangnya disebabkan gosip yang tercetus tentang percintaan kedua-dua artis ini.
"Kami amat gembira dengan kehadiran Akim dan Stacy dalam keluarga Wall's, malah kami juga bekerjasama denga kedua mereka untuk mencipta sebuah lagu duet baru berjudul, Jahatnya Cinta yang akan menjadi lagu tema untuk kempen terbaru kami nanti,"jelasnya.
Read more/More news on: http://www.manggaonline.com.my
Credits to and source taken from: http://www.manggaonline.com.my
0 comments:
Post a Comment