RSS

Siapa bakal juara Pilih Kasih Musim Kedua - yang akan berlangsung di Auditorium Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Negeri Sembilan pada 20 Feb 2011

Siapa bakal juara PK2?


Livonia ada penampilan yang menarik

Ahad ini seorang lagi pelakon baru bakal bergelar juara program realiti Pilh Kasih musim kedua. Siapa agaknya yang bakal dinobatkan sebagai juara?

Tujuh anak muda akan berentap di pentas final iaitu Ku Hariz, Livonia, Lia Natalia, Jay Izwazir, Yuzwan Yunus, Mira Amnas dan Nur Jannah. Masing-masing ada kekuatan tersendiri.


[Lia Natalia juga sering menarik perhatian.] Apa agaknya komen Rosyam Nor pasal tujuh finalis ini?

Kata Rosyam: "Saya tak berani nak sebut mana-mana nama yang bakal jadi juara kerana ia bergantung kepada persembahan mereka pada malam final nanti.

"Kalau mereka pelakon berbakat, tapi pada malam final nanti persembahan mereka menurun dan tak menarik perhatian, mereka tidak akan jadi juara.

"Saya pernah buang peserta yang saya suka dan selalu berlakon dengan baik apabila mereka tidak mempamerkannya pada Pentas Pilih Kasih mingguan.

"Malam final macam itu juga. Kalau mereka berjaya menunjukkan lakonan yang memberangsangkan dan ditambah pula dengan disiplin yang baik, merekalah yang akan jadi juara Ahad ini."

Antara nama yang disebut-sebut mempunyai peluang tinggi ialah Ku Hariz, Livonia dan Lia Natalia. Selain sering mendapat undangan tinggi peminat, mereka juga antara yang selalu mendapat pujian dan mutu persembhan yang semakin hari semakin meningkat.

Juara tak semestinya popular


[Ku Hariz, mula kumpul ramai peminat.]

Rosyam juga sering memberikan gambaran situasi sebenar kepada kesemua peserta bahawa Pilih Kasih hanya sebagai tapak memberikan ilmu lakonan dan pendedahan dan tidak semestinya mereka terus boleh mencipta nama selepas program tamat.

Malah Rosyam meletakkan masa selama dua tahun kepada mereka kerana pelakon memerlukan peningkatan dari semasa ke semasa untuk membuktikan kewibawaan mereka.

"Saya selalu cakap kepada mereka, tidak semestinya juara atau finalis akan lebih berjaya selepas ini. Mungkin yang sudah terkeluar awal akan lebih dahulu mencipta nama.

"Semuanya bergantung kepada apa yang akan mereka lalui selepas ini. Pelakon tidak sama dengan penyanyi yang boleh jadi popular sekiranya dapat sebuah lagu yang baik dan diterima peminat," kata Rosyam.

Sementara itu guru-guru Pilih Kasih, Aziz M. Osman dan Erma Fatima menjanjikan peluang kepada artis Pilih Kasih untuk terlibat dalam produksi mereka selepas ini.

Malah Aziz sudah ada beberapa nama yang bakal berlakon dalam filem Azura yang diarahnya. Erma juga akan serapkan anak didiknya dalam produksi terkini.

"Saya memenang sentiasa mencari pelakon baru untuk bekerja dengan saya. Melalui program ini saya sudah dapat ramai pelakon baru yang boleh diketengahkan.

"Mengapa saya perlu cari di luar yang kadang-kadang ada yang masih berstatus `kayu' sedangkan saya sudah ada pelakon yang sudah terbentuk?" kata Aziz.

Pilih Kasih final akan diadakan di Auditorium Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Negeri Sembilan dan disiarkan secara langsung pada pukul 9.00 malam di TV2. Pilih Kasih dibawakan oleh TM selaku penaja utama.


Read more/More news on: http://www.manggaonline.com.my/

Credits to and source taken from: http://www.manggaonline.com.my/

7 finalis beraksi spontan

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

SELEPAS 10 minggu beraksi di Pentas Pilih Kasih 2 (PK2), malam kemuncak untuk mencari sang juara akan berlangsung Ahad ini di Auditorium Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Negeri Sembilan, jam 9 malam di TV2. Seramai tujuh artis Pilih Kasih akan berentap.

Mereka ialah Jay Iswazir, 29, Ku Hariz, 26, Yuzwan Yunus, 24, Nur Jannah, 24, Livonia, 20, Mira Amanas, 20, dan Lia Natalia, 19. Malah, apa yang pasti cabaran bagi artis Pilih Kasih di malam kemuncak nanti lebih mencabar berbanding minggu sebelumnya.

Minggu akhir ini menjanjikan kelainan dari bentuk persembahan iaitu finalis harus bermonolog. Malah, bagi drama pula skrip akan diberi di set penggambaran. Ia bertujuan untuk mengasah minda finalis supaya bersedia terutama secara spontan.

Manakala teater pula, lebih menekankan kepada tema lebih glamor dan menyeronokkan. Bertemakan kehidupan remaja di kolej, sudah tentu ia mencabar kerana finalis juga perlu menyanyikan beberapa lagu baru yang dicipta khas untuk teater itu.


Penerbitnya, Rosyam Nor berkata masih mengekalkan format sama seperti pentas akhir Pilih Kasih yang lalu, pemarkahan finalis mewakili sebanyak 50 peratus daripada beliau dan 50 peratus lagi juri profesional. Markah juga berdasarkan laporan pengarah mengenai disiplin dan tingkah laku finalis.


Hadiah menarik menanti juara PK2 iatu kenderaan pikap jenis Trekker berharga RM55,000, wang tunai (RM10,000), pakej penjagaan kereta Shine Shine bernilai RM2,399 berserta keahlian lima tahun untuk barangan kosmetik dan spa Mustika Ratu berjumlah RM7,000.

Juara dipilih juga turut menerima hadiah baucar penginapan tiga hari dua malam untuk dua orang di Holiday Villa Hotel & Residence Doha, Qatar, gelang tangan magnetik dan beg bagasi kulit Edymium serta trofi kemenangan.

Naib juara pula akan menerima set barang kemas U Diamond berharga RM15,000, motosikal Demak Evo Z, wang tunai (RM7,000), pakej penjagaan kereta (RM1,399) dan keahlian tiga tahun, barangan kosmetik dan spa (RM5,000), baucar penginapan di Holiday Villa Tuan Chau Island, Halong Bay, Vietnam, gelang tangan magnetik dan trofi.

Hadiah pemenang tempat ketiga, motosikal Demak EX90, wang tunai (RM3,000), pakej penjagaan kereta (RM899) berserta keahlian dua tahun, televisyen Plasma 42 inci, barangan kosmetik dan spa (RM3,000), baucar penginapan di Holiday Villa Sanur, Bali, gelang tangan magnetik dan trofi.

Menurut Rosyam, pemenang tempat keempat, kelima, keenam dan ketujuh juga akan dapat hadiah. Masing-masing akan membawa pulang barangan kemas bernilai RM5,000, barangan perabot dan pakej penjagaan kereta, baucar penginapan daripada Holiday Villa, barangan kosmetik dan spa serta trofi.

“Lebih menariknya pentas akhir PK2 ini lagi apabila buat pertama kalinya, Telekom Malaysia Berhad (TM) selaku penaja utama berbesar hati memperkenalkan Anugerah Khas TM yang akan diberi kepada finalis yang dipilih sebagai Pelakon Terbaik TM.

“Pemenang anugerah ini akan menerima wang tunai RM3,000, baucar penginapan dua hari satu malam tajaan Holiday Villa, tiket menonton perlawanan pasukan Manchester United di Stadium Old Trafford, Manchester, England serta trofi. Pastinya, ia akan lebih memberi semangat kepada finalis untuk membuat persembahan terbaik,” kata Rosyam.

Menyentuh soal mengapa Rosyam memilih tujuh finalis untuk berentap pada malam akhir yang sepatutnya enam orang saja yang layak, katanya semua finalis itu bukan saja memiliki bakat, tetapi masing-masing sudah berjaya menampilkan persembahan yang bagus.

“Saya tahu ramai bertanya dan mempersoalkan mengapa Nur Jannah yang berada di tangga tidak selamat selama enam minggu akhirnya layak ke peringkat akhir. Ini kerana, biarpun penonton kurang mengundinya, tetapi saya melihat Nur Jannah memiliki bakat.

“Malah, ketika persembahan pada minggu ke-10 lalu, Nur Jannah mendapat markah kedua tertinggi di kalangan artis Pilih Kasih yang berentap. Jadi, ia membuktikan Nur Jannah harus diberi peluang dan sokongan untuk terus berjaya.

“Maka, saya tidak membuang�kan kerana kesungguhan ditunjukkan. Justeru, saya harap penonton memahami situasi ini kerana tujuan Pilih Kasih 2 diadakan pun untuk menggilap bakat baru industri lakonan tanah air. Jadi, peserta berpotensi perlu diberi peluang,” katanya.

Ditanya pula perancangan Rosyam untuk terus menerbitkan Pilih Kasih 3, katanya kini semua itu masih dalam perbincangan. Katanya bagi terus menerbitkan program yang besar seperti ini tidak dinafikan Rosyam memerlukan sokongan daripada pihak penaja.

Ujarnya, barangkali ramai beranggapan beliau meraih untung besar sebagai penerbit Pilih Kasih kerana mendapat kerjasama daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan penaja utama seperti TM. Kata�nya semua itu andaian
tidak benar kerana apa yang dilakukan itu hanya demi industri hiburan tanah air.

Read more/More news on: http://www.hmetro.com.my/

Credits to and source taken from: http://www.hmetro.com.my/


Keputusan Pilih Kasih Musim Kedua yang telah disiarkan pada 20 Februari 2011

Senarai pemenang Pilih Kasih Musim Kedua (Pilih Kasih 2)

Juara Pilih Kasih 2 -Livonia

Naib Juara - Yuzwan Yunus

Pemenang tempat ketiga - Ku Hariz

Anugerah Khas TM Pilih Kasih 2 dimenangi Jay Iswazir

Finalis Pilih Kasih Musim Kedua:

Jay Iswazir, 29
Ku Hariz, 26
Yuzwan Yunus, 24
Nur Jannah, 24
Livonia, 20
Mira Amanas, 20
Lia Natalia, 19

Hadiah utama yang dimenangi Livonia ialah kenderaan pikap jenis Trekker berharga RM55,000, wang tunai (RM10,000), pakej penjagaan kereta Shine Shine bernilai RM2,399 berserta keahlian lima tahun untuk barangan kosmetik dan spa Mustika Ratu berjumlah RM7,000.

Livonia turut menerima hadiah baucar penginapan tiga hari dua malam untuk dua orang di Holiday Villa Hotel & Residence Doha, Qatar, gelang tangan magnetik dan beg bagasi kulit Edymium serta trofi kemenangan.

Naib juara pula akan menerima set barang kemas U Diamond berharga RM15,000, motosikal Demak Evo Z, wang tunai (RM7,000), pakej penjagaan kereta (RM1,399) dan keahlian tiga tahun, barangan kosmetik dan spa (RM5,000), baucar penginapan di Holiday Villa Tuan Chau Island, Halong Bay, Vietnam, gelang tangan magnetik dan trofi.

Hadiah pemenang tempat ketiga, motosikal Demak EX90, wang tunai (RM3,000), pakej penjagaan kereta (RM899) berserta keahlian dua tahun, televisyen Plasma 42 inci, barangan kosmetik dan spa (RM3,000), baucar penginapan di Holiday Villa Sanur, Bali, gelang tangan magnetik dan trofi.

More news on: http://www.realitimelayu.co.cc/

Special thanks, credits to and source taken from: http://www.realitimelayu.co.cc/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Unknown said...

Tahniah!!! kepada semua artis Pilih Kasih.Terutama LIVONIA,buktikan kepada malaysia bahawa anak Bumi Kenyalang hebat!!!.Agi Idup Agi Ngelaban..Bumi Kenyalang "BOLEH"

Post a Comment

Visitors Map

Online Users