RSS
Showing posts with label Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA). Show all posts
Showing posts with label Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA). Show all posts

Fauzi Nawawi Bernazar Bawa Ibu Tunai Umrah - Dengan kemenangan berganda Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik yang diraih oleh pelakon Fauzi Nawawi...


Fauzi Nawawi menjulang trofi Anugerah Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik yang dimenanginya di Anugerah Seri Angkasa 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Sabtu. - Foto SHAARI CHE MAT

Fauzi Nawawi Bernazar Bawa Ibu Tunai Umrah

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

KUALA LUMPUR: Dengan kemenangan berganda Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik yang diraih oleh pelakon Fauzi Nawawi, 38, di Anugerah Seri Angkasa 2010, dia bernazar untuk membawa ibunya menunai umrah di Mekah.

Bagaimanapun Fauzi yang bersyukur dengan kejayaan kali keduanya selepas memenangi anugerah yang sama menerusi drama yang sama iaitu Sebelum Akhirat di Anugerah Skrin 2010, belum menetapkan tarikh pemergian mereka ke sana.

Menurut pelakon berasal dari Pantai Remis, Perak ini, pada mulanya dia mahu mengerjakan umrah bersama-sama isterinya, pelakon Lisdawati tetapi memandangkan wanita itu baru pulang dari mengerjakan umrah, jadi sebab itu dia memilih untuk pergi dengan ibunya.

“Sebelum memenangi anugerah pada malam ini, saya tidak pernah bernazar apa-apa. Tetapi selepas menang, saya ingat nak mengerjakan umrah dengan ibu kerana Lisda baru lepas mengerjakan umrah sambil menjalani penggambaran di Mekah dengan pengarah Erma Fatima.

“Dengan izin Allah, saya akan lakukan apabila tiba masanya kerana kadangkala perkara yang baik bukan mudah untuk dilaksanakan,” katanya dalam satu sidang media selepas diumumkan sebagai pemenang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Sabtu.

Cuba menggambarkan perasaannya pada malam itu, Fauzi yang pernah menjuarai program Sehati Berdansa musim kedua itu akui debarannya begitu memuncak berbanding sebelum ini.

“Saya rasa bukan mudah untuk memenangi anugerah Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa.

“Alhamdulillah, kemenangan ini berkat doa anak-anak dan isteri yang banyak bersabar dengan dugaan dalam rumah tangga kami serta ibu saya yang banyak mengajar tentang agama,” ujarnya lagi.

Sebalik kemenangan itu, bapa kepada enam orang anak iaitu empat orang anak hasil perkahwinan pertama manakala dua orang anak bersama Lisda itu sempat berkongsi pengajaran yang diperolehi selepas berlakon drama Sebelum Akhirat.

“Drama ini banyak mengajar saya tentang kehidupan dan memberi kesedaran bahawa apa yang dimiliki sekarang hanyalah pinjaman daripada Allah.

“Selagi diizinkan oleh Allah, saya akan perjuangkan karier lakonan dan bakat yang dipinjamkan ini,” katanya.

Fauzi melibatkan diri dalam bidang seni sejak tahun 1996 dan telah berlakon dalam lebih 50 buah drama serta beberapa buah filem termasuk Tipu Kanan Tipu Kiri, Anak Halal dan Orang Minyak.



Read more/More news on: http://mstar.com.my/

Credits to and source taken from: http://mstar.com.my/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Malam Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA) menobatkan drama Perempuan arahan Mohd Fahmi Sarindi sebagai Drama Terbaik - Senarai Penerima Anugerah

Drama Perempuan Pilihan Juri ASA2010
Ditulis oleh wahida othman Ahad, 20 Februari 2011 09:25



Malam Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA) menobatkan drama Perempuan arahan Mohd Fahmi Sarindi sebagai Drama Terbaik pada majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.

Dalam acara yang berlangsung selama 2 jam 30 minit ini turut menganugerahkan pengarah drama Apakah Dosaku, Bernard Chauly sebagai pengarah terbaik.

Pelakon Eleine Daly memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik manakala kategori Pelakon Drama Lelaki Terbaik dimenangi oleh Fauzi Nawawi menerusi drama, Sebelum Akhirat.

Drama Saham Neraka dinobatkan sebagai Drama Komedi TV terbaik, manakala aktor Abby Yus pula berjaya membawa pulang trofi Pelakon Komedi TV Terbaik.

Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi stesen televisyen yang paling mendominasi kemenangan pada malam itu apabila berjaya meraih 23 anugerah sepanjang dua hari ASA2010 ini berlangsung.

Media Prima pula berjaya meraih 10 anugerah keseluruhan,manakala stesen televisyen Astro pula 13 anugerah.

Bagi anugerah radio pula, Anugerah DJ Radio Wanita Terbaik di menangi oleh penyampai radio Suria FM, Roslindah Abdul Majid atau Lin, manakala DJ Radio Lelaki Terbaik pula di rangkul oleh Chong Keat Aun daripada stesen radio Ai FM dan Anugerah Penyampai Berita Radio Terbaik menjadi milik Wan Syahrina Abdul Rahman (Bernama Radio 24).

Tiga anugerah khas iaitu Anugerah Khas Juri diberikan kepada wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail, Anugerah Khas Tokoh Penyiaran Swasta di terima oleh Datuk Affendy, dan Anugerah Tokoh Seri Angkasa diterima oleh Daruk Abdullah Mohammad.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dan kedua-dua timbalannya iaitu Datuk Joseph Salang dan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf serta Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.

Senarai Penerima Anugerah

Anugerah DJ Radio Wanita Terbaik : Roslinda Abdul Majid ( Suria FM )

Anugerah Penyampai Berita Radio Terbaik : Wan Syahrina Wan Ab Rahman ( Bernama Radio 24 )

Anugerah DJ Radio Lelaki Terbaik : Chong Keat Aun ( Ai FM )

Anugerah Penyampai Berita TV Terbaik : Ashwad Ismail, Awani 7.45 (Astro Awani)

Anugerah Pengulas TV Terbaik : Mohd Hafizal Hamad, Pahlawan Akhir Sukan Sea (RTM TV1)

Anugerah Pengacara TV Terbaik : Sarimah Ibrahim Konsert Akademi Fantasia 8 (Astro Ria)

Anugerah Majalah TV Terbaik-Agrotek : Kelapa: Tanaman Eksotik Bernilai Tinggi ( RTM TV1)

Anugerah Rancangan Realiti TV Terbaik : Showdown 2010 ( Episod 9 )

Anugerah Candawara TV (Game Show) : Terbaik-Jangan Lupa Lirik (Astro Ria)

Anugerah Hiburan TV (Muzikal) Terbaik : Shout Award 2009 (8TV)

Anugerah Buletin TV Terbaik :: Awani 7.45 (Astro Awani)

Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik : Abby Yus Masak Lomak Cili Padi (RTM TV2)

Anugerah Skrip Drama TV Terbaik : Siti Jaslina Ibrahim, Perempuan (RTM TV2)

Anugerah Pelakon Wanita Drama TV Terbaik : Elaine Daly, Apa Dosaku (Astro Citra)

Anugerah Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik : Fauzi Nawawi, Sebelum Akhirat ( TV3)

Pengarah Drama TV Terbaik : Bernard Chauly, Apa Dosaku (Astro Citra)

Drama TV Terbaik : Perempuan, (RTM TV2)

Anugerah Dokumentari TV Terbaik : Malaysia My Home : Story Of Sabah & Sarawak ( Astro 301)

Anugerah Buletin TV Terbaik : Awani 7.45 ( Astro Awani )

Anugerah Khas Juri : Ashwad Ismail

Anugerah Khas Tokoh Penyiaran Swasta : Datuk Affendy Nawawi

Anugerah Tokoh Seri Angkasa : Datuk Abdullah Mohammad



Read more/More news on: http://www.manggaonline.com.my

Credits to and source taken from: http://www.manggaonline.com.my

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Visitors Map

Online Users