







Salma Juara Mentor 5 yang telah disiarkan secara langsung pada 29 Mei 2011 dari Stadium Melawati, Shah Alam sejak pukul 9.00 malam di TV3.
Tahniah kepada semua pemenang Mentor Musim Ke-5 (Mentor 5)
Kredit kepada dan sumber diberikan kepada TV3 atas maklumat dan gambar
Salma Pukau Penonton Dengan "Listen"
Malam kemuncak Mentor musim kelima yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam sebentar tadi menyaksikan protege Erra Fazira, Salma dinobatkan sebagai juara. Dengan kemenangan tersebut, peserta dari Tawau, Sabah ini berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah trofi dan sebuah kereta Chevrolet Cruze sumbangan Chevrolet.
Memperoleh pungutan markah sebanyak 85 markah, Salma membuka tirai dengan sebuah duet bersama mentornya menerusi lagu Jendela Hati. Gadis berusia 21 tahun ini kemudian tampil dengan persembahan hebat dan memukau menerusi lagu Listen dendangan Beyonce.
Pada malam konsert penentuan yang disiarkan secara langsung di TV3 itu, Salma turut berduet dengan juara Malaysian Idol 1, Jaclyn Victor dengan lagu, Cinta (Kris Dayanti & Melly Goeslow) dan Rindu (Hetty Koes Endang). Pemilik nama Salmah Binti A. Asis ini turut menyampaikan lagu baru ciptaan Taja (Meet Uncle Hussain) berjudul Aku Permata.
Tempat kedua pula dimenangi oleh protege Datuk Sharifah Aini, Shiha dengan pungutan markah sebanyak 63 markah. Gadis berusia 24 tahun ini berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000, trofi dan Vespa LX150 tajaan Naza World. Pada malam konsert, Shiha menyanyikan lagu Rindu bersama mentornya, lagu solo berjudul Kisah Hati (Alyah), lagu duet bersama Black, Ghazal Untuk Rabiah (Jamal Abdillah) dan Balqis (Siti Nurhaliza) serta lagu baru ciptaan Ajai berjudul Bila Bertemu Mu.
Manakala pemenang tempat ketiga yang akan membawa pulang wang tunai RM10,000 dimenangi oleh protege Edry, Iqa atau nama sebenarnya Nursyafiqah Nasratullah Binti Mohd Nor dengan pungutan markah 56 markah. Peserta dari Ampang, Selangor ini menyampaikan lagu duet bersama mentornya, Ganas, lagu Ku Mohon (Datuk Sheila Majid), lagu baru ciptaan Edry sendiri, Di Penghujungnya dan duet bersama Faizal Tahir, Karma.
Peserta Konsert Akhir Mentor 5 diadili oleh juri tetap, Datuk Haji Ramli M.S bersama dua juri jemputan iaitu penyanyi popular, Ziana Zain dan komposer terkenal, Azmeer.
Kredit kepada dan sumber diberikan kepada http://www.gua.com.my/ atas maklumat dan gambar
Salma Juara Mentor 5 - Keputusan Mentor 5 Akhir diadakan pada 29 Mei 2011 di TV3 secara langsung: Salma 85 markah/Shiha 63/Iqa 56
Keputusan Separuh Akhir 2 Mentor 5 yang telah disiarkan di TV3 pada 22 Mei 2011 - Iqa: 69 (126) Shiha: 61 (119) Salma: 64 (113) Ratnah
Mentor 5 - Separuh Akhir 2 (22 Mei 2011)
Minggu ini, keempat-empat peserta bernyanyi secara solo dan juga berpasangan dengan juara-juara Mentor musim lepas (kecuali Ratnah yang berpasangan dengan Adi, naib juara musim keempat).
Salma – "Nirmala" / "Mimpi Laila"
Ratnah – "Hollaback Girl" / "Debu Liar"
Shiha – "Dondang Dendang" / "Layar Battuta"
Iqa – "Awan Yang Terpilu"
Salma & Mohd – "Fenomena" / "Opera Hidup"
Ratnah & Adi – "Hanya Memuji" / "Akhirnya Kini Pasti"
Shiha & Pija – "Sedetik Lebih"
Iqa & Fiq – "Sampai Syurga"
Juri: Ramli M.S. dan Mas Idayu
Markah
Iqa: 69 (126)
Shiha: 61 (119)
Salma: 64 (113)
Ratnah: 46 (88)
Dengan itu, Ratnah tersingkir daripada pertandingan manakala Shiha, Iqa dan Salma mara ke pusingan akhir.
sumber: http://ms.wikipedia.org/
Separuh Akhir 1 Mentor 5 yang telah disiarkan di TV3 pada 15 Mei 2011 - Markah-markah yang diraih dibawa ke Separuh Akhir 2 pada 22 Mei 2011
Mentor 5 - Separuh Akhir 1 (15 Mei 2011)
Rancangan ini bermula lewat daripada yang dijadualkan disebabkan masalah teknikal dalam penyiaran.
Shiha - "Memori Tercipta"
Salma - "Sedalam Mana Cintamu"
Iqa - "Khatimah Cinta"
Ratnah - "Bukannya Aku Takut" / "Seksis"
Shiha & Dato' Sharifah Aini - "Sabarlah Menanti" / "Hapuslah Airmatamu"
Salma & Erra - "Penipu"
Iqa & Edry - "Kitalah Bintang"
Ratnah & Afdlin - "Sudah Kahwin Kah Belum" / "Inikah Cinta"
Juri: Ramli M.S. dan Marcell
Markah-markah yang diraih dibawa ke Separuh akhir 2 pada minggu berikutnya untuk dijumlahkan.
sumber: http://ms.wikipedia.org/
Keputusan Konsert Mentor 5 pada 8 Mei 2011 Pusingan Ke-4 Kumpulan B - MARKAH - Salma: 70 (307): 45 (148)/Iqa: 63 (237)/Aiman: 50 (190)
Pusingan keempat
Kumpulan B (8 Mei 2011)
* Salma: "Unbreak My Heart" (Toni Braxton) / "Sangkar Cinta" (Ziana Zain)
* Iqa: "Ketika Cinta Bertasbih" (Melly Goeslaw) / "Kepadamu Kekasih" (M. Nasir) / "Intifada" (Rabbani)
* Aiman: "I'll Be" (Edwin McCain) / "Sesuatu Janji" (Taufik Batisah)
Juri: Ramli M.S. dan Mus May
Markah
* Salma: 70 (307)
* Iqa: 63 (237)
* Aiman: 50 (190)
Dengan ini, Aiman tersingkir sementara Salma dan Iqa mara ke separuh akhir.
sumber: http://ms.wikipedia.org/
Ayish tersingkir - Keputusan Konsert Mentor 5 pada 1 Mei 2011 - Markah: SHIHA 252/RATNAH 215/AYISH 208
Keputusan Mentor 5 - Konsert Ke-4 pada 1 Mei 2011
Kredit kepada/sumber maklumat: http://www.myvitrd.com/

Nama Penuh : Muhammad Faris Bin Mohamed Razali
Mentor : Noh Hujan
Nama Panggilan : Ayish
Bangsa / Agama : Melayu/Islam
Asal : Shah Alam, Selangor
Umur : 21
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : -
Ayish, gemar bermain bola sepak dan sering ke gym untuk menjaga stamina dan juga struktur badan. Bermula dengan bermain gong di sekolah menengah semasa berusia 15 tahun, dari situla permulaan Ayish dalam bidang nyanyian setelah mencuba untuk menyanyi di sekolah.
“Saya mahu menjadi Juara sekali gus membuktikan kebolehan saya dalam nyanyian dengan tunjuk ajar serta bimbingan Mentor saya, Noh dan semestinya ingin menjadi penyanyi yang berjaya”

Mentor : Noh Hujan
Noh, vokalis utama kumpulan yang semakin popular hari ini, Hujan telah berada dalam bidang nyanyian semenjak tahun 2006. Sebelum itu, Noh pernah bersama kumpulan M.I.X.
Noh dan kumpulannya Hujan juga di kenali sebagai antara band Indie yang awal yang merempuh industru muzik hari ini. Noh juga bertindak sebagai penulis lirik dan komposer untuk hampir kesemua lagu Hujan. Hujan juga pernah memenangi Anugerah Best Rock Album dan Best Rock Song dalam Anugerah Industri Muzik yang ke-16 dan juga telah berjaya ke pentas Anugerah Juara Lagu 2 tahun berturut-turut.
Special thanks/credits to and source taken from:
http://apps.tv3.com.my/
http://www.gua.com.my/
http://www.realitimelayu.co.cc/
Mentor 5: Salma, Erra Fazira Kekal Juara Bertahan
Mentor 5: Salma, Erra Fazira Kekal Juara Bertahan
Teks: Syafiqah Jalal
KUALA LUMPUR, 27 APRIL 2011: Tidak pernah berganjak! Begitulah kedudukan protégé Erra Fazira iaitu Salma yang sentiasa berada di tangga teratas pada setiap pusingan dalam Mentor 5. Termasuklah kedudukannya di pusingan ketiga yang berlangsung pada Ahad lalu.
Apa yang pasti peratusan yang diperolehi Salma untuk pusingan ketiga dalam kumpulan B telah jauh meninggalkan saingan lain dengan markah sebanyak 80 peratus. Bukan sahaja telah mendahului saingan kumpulan B, malah jumlah markah dari keseluruhan pusingan protégé Erra Fazira ini adalah yang tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 237.
Sementara itu, jika dilihat kepada carta kedudukan Kumpulan B yang telah memasuki pusingan ketiga Ahad lalu, protege Rahim Maarof iaitu Aiman pula berada di posisi terakhir dengan jumlah kutipan markah keseluruhan sebanyak 140.
Manakala protege Edry Abdul Halim iaitu Iqa kini telah mendahului Aiman iaitu tempat kedua dalam kumpulan B dengan lebihan 34 markah daripada jumlah markah ketiga-tiga pusingan yang diperolehinya.
Mengimbau persembahan kumpulan B dalam pusingan ketiga Ahad lalu, Aiman telah membuka tirai konsert dengan nyanyian solo lagu hitsHafiz , Noktah Cinta. Manakala dalam segmen cabaran berduet bersama artis pilihan pula, bukan calang-calang artis yang menjadi pilihan Aiman. Dia telah bergandingan dengan Roy menerusi lagu Ratnaku.
Selepas itu, diikuti oleh Salma yang menggegarkan pentas Auditorium MBSA Shah Alam dengan himpunan medley menghiburkan Penasaran / Kopi Dangdut / Kabhi Khushi Kabhie Gham.
Salma sekali lagi memukau seluruh penonton dan barisan juri pada malam itu dengan duet hebat bersama Azlan (& The Typewriter) yang cukup dikenali dengan kehebatan vokal tingginya sebagai artis jemputan pilihan, menerusi lagu klasik Allahyarham P.Ramlee, Jeritan Batinku.
Tampil dengan begitu unik beserta kostum yang menarik, Iqa yang juga protege Edry Abdul Halim mempamerkan kekuatan vokal dan tariannya dengan sebuah medley Bad Romance / Ganas yang cukup bertenaga. Manakala untuk cabaran duet pula, Iqa menggamit kerinduan penonton terhadap Allahyarham Sudirman Hj Arshad menerusi lagu keramat arwah, Merisik Khabar.
Sebelum menutup tirai, protege-protege Kumpulan B menghiburkan penonton malam itu dengan membawakan medley penyanyi lelaki popular Malaysia, Anuar Zain seperti Bila Resah / Ketulusan Hati / Keabadian Cinta / Ku Berjanji Karna Cinta.
Minggu ini, konsert ketiga Kumpulan B turut diserikan dengan kehadiran Ratu Etnik / Kreatif dan Irama Malaysia, Noraniza Idris sebagai juri jemputan menemani Ramli M.S. selaku juri tetap.
Read more/More news on: http://www.murai.com.my/
Credits to and source taken from: http://www.murai.com.my/
Keputusan Konsert Mentor 5 pada 24 April 2011 - Salma Juara konsert Kumpulan B Minggu Ketujuh - Ramalan Edry Untuk Semi-Final Mentor 5
Keputusan Mentor 5 Kumpulan B
Credits to and source taken from: http://yulsahaja.blogspot.com/
Sila klik di sini untuk mengikuti keputusan Konsert Mentor 5 yang disiarkan pada 24 April 2011
Kumpulan B (24 April 2011)
- Aiman: "Noktah Cinta" (Hafiz)
- Salma: "Kopi Dangdut" (Fahmi Shahab) / "Kabhi Khushi Kabhi Gham"
- Iqa: "Ganas" (KRU) / "Bad Romance" (Lady Gaga)
- Aiman dan Roy: "Kau Ratnaku" (Roy)
- Salma dan Azlan and the Typewriter: "Jeritan Batinku" (Azlan and the Typewriter)
- Iqa dan Sudirman Arshad: "Merisik Khabar" (Sudirman Arshad)
Duet Iqa dilakukan dengan menggabungkan visual rakaman persembahan arwah Sudirman pada visual secara langsung dengan kaedah rotoskop.
Juri: Ramli M.S. dan Noraniza Idris
Kredit kepada/sumber: http://ms.wikipedia.org/
- Markah
- Salma: 80 (237)
- Iqa: 63 (174)
- Aiman: 49 (140)
Video klip Mentor 5 2011: Salma & Azlan and The Typewriter - Jeritan Batinku
Video klip Mentor 5 2011 : Salma - Penasaran & Kopi Dangdut
video clip source: BeYour0wnBoss Channel

Ramalan Edry Untuk Semi-Final Mentor 5
by Li Ee Kee | 25 Apr 2011
Dedah Edry, untuk konsert ketiga Mentor 5 Kumpulan B malam ini, dia mensasarkan Iqa akan mendapat 60 markah dan Iqa telah berjaya mencapainya walaupun markah itu tidak mencukupi untuk mengalahkan Salma.
"Untuk sebuah rancangan realiti di mana undian SMS juga diambil kira, akan timbul fenomena di mana ia menjadi 'a one horse race'.
"Bukannya peserta lain tidak bagus. Tidak bermaksud juga mereka harus ketinggalan. Bagi saya ini adalah 15 minit anda untuk membuktikan bahawa anda bernilai lebih daripada itu.
"Saya selalu teringatkan Faizal Tahir yang tidak menang di dalam One In A Million tetapi sekarang dia penyanyi paling berjaya masa kini kerana dia teruskan perjuangannya dan tidak mengalah."
Bertanyakan ramalannya untuk pusingan separuh akhir nanti, Edry meramalkan ia akan menjadi 'an all girl affair' berdasarkan markah penuh protege sehingga kini.
"Saya agak tertarik dengan cabaran ini. Semuanya akan bergantung pada siapa yang tampil dengan gimik yang lebih baik."
Read more/More news on: http://www.gua.com.my/
Credits to and source taken from: http://www.gua.com.my/
Keputusan Konsert Mentor 5 pada 17 April 2011 Pusingan Ketiga Kumpulan A - MARKAH - Ratnah: 76 (154)/Ayish: 45 (148)/Shiha: 63 (190)
Pusingan ketiga
Kumpulan A (17 April 2011)
* Ratnah: "Makhluk Tuhan Paling Seksi" (Mulan Jameela) / "Kesal" (Ella)
* Ayish: "Lagu Kita" (Aizat)
* Shiha: "Power of Love" (Jennifer Rush) / "Crazy in Love" (Beyoncé)
* Ratnah dan One Nation Emcees: "Raja Gelek" (One Nation Emcees) / "Che' Mek Molek" (M. Daud Kilau)
* Ayish dan Uji Rashid: "Katakanlah" / "Menunggu Nasi Minyak" (Uji Rashid dan Hail Amir)
* Shiha dan Salleh Yaacob: "Dari Kerana Mata" (R. Azmi)
Juri: Ramli M.S. dan Cat Farish
Markah
* Ratnah: 76 (154)
* Ayish: 45 (148)
* Shiha: 63 (190)
sumber: http://ms.wikipedia.org/
Keputusan Konsert Mentor 5 pada 17 April 2011 - Ratnah Juara konsert Kumpulan A Minggu Keenam
Sila klik di sini untuk mengikuti keputusan Konsert Mentor 5 yang disiarkan pada 17 April 2011Credits to and source taken from: http://yulsahaja.blogspot.com/
Mentor 5: Ratnah: Kita Tentukan Nasib Kita Sendiri

Ratnah: Kita Tentukan Nasib Kita Sendiri
by Li Ee Kee | 18 Apr 2011
"Kemenangan malam ini memang tidak dijangka. Sebab itu bila diumumkan markah juri awam, saya tak boleh tahan sebak," luah Ratnah yang ditemui di sidang media Mentor 5 selepas konsert Kumpulan A di Dewan MBSA, Shah Alam malam tadi.
"Sejujurnya saya teringin sangat mendengar komen Datuk Hj Ramli MS. Saya nak dengar dia kata saya 'improved'. Selepas ini saya lagi takut dan tertekan sebab nak pastikan saya dapat kekal di tahap ini."
Buat mereka yang mengikuti musim kelima Mentor 5, tidak perlu GUA katakan apa yang Ratnah berjaya capai malam ini sesuatu yang menakjubkan. Selepas dua konsert, Ratnah berada di kedudukan tercorot dengan 78 markah berbanding Shiha dan Ayish yang masing-masing mempunyai 127 dan 103 markah.
Tetapi berbekalkan usaha Ratnah sendiri dan mentornya, Afdlin Shauki, mereka berjaya membuat satu 'comeback'. Sekaligus mengenepikan Ayish dan merapatkan jurang markah diantara dirinya dan Shiha.
Bagaimanapun Ratnah akui selepas konsert dua minggu lepas dimana dia sekali lagi menduduki tangga terbawah, selama dua hari selepas itu dia dibelenggu perasaan kecewa.
"Tetapi abang Afdlin banyak mendorong saya dan saya cuba berfikiran positif. Jika saya tidak berusaha dengan keras, saya akan terus jatuh. Semuanya terpulang pada dri saya sendiri. Nasib kita, kita yang tentukan.
"Saya tak pernah rasa penat macam ini. Kami dah bagi 'all out' dan ia berbaloi sangat. Harapan saya di konsert akan datang, persembahan saya akan nampak lagi baik."
Read more/More news on: http://www.gua.com.my/
Credits to and source taken from: http://www.gua.com.my/
Keputusan Konsert Mentor 5 pada 10 April 2011 Pusingan Kedua Kumpulan B - MARKAH - Salma: 77 (157)/Iqa: 56 (111)/Aiman: 43 (91)
Pusingan kedua
Kumpulan B (10 April 2011)
Faizal Ismail mengisi tempat Ally yang pergi berumrah.
* Salma: "Aku Bukan Milikmu" (Rossa)
* Iqa: "Sejati"/"Bujang Senang" (Search)
* Aiman: "Ekstravaganza" (Bunkface), "Larut" (Dewa), "ACKKC" (Rahim Maarof), "Holy Diver" (Killswitch Engage)
* Persembahan penguji bakat – Hadfizi: "Cinta Kristal" (Rahim Maarof)
* Salma dan Ratnah: "Rama-Rama" (Ella)
* Iqa dan Ayish: "Sofea Jane" (Black)
* Aiman dan Shiha: "Aku dan Dirimu" (Ari Lasso dan Bunga Citra Lestari)
* Persembahan berkumpulan: Medley Mas Idayu
Juri: Ramli M.S. dan Mas Idayu
Markah
* Salma: 77 (157)
* Iqa: 56 (111)
* Aiman: 43 (91)
sumber: http://ms.wikipedia.org/
Mentor 5: Ratnah: Kita Tentukan Nasib Kita Sendiri

Ratnah: Kita Tentukan Nasib Kita Sendiri
by Li Ee Kee | 18 Apr 2011
"Kemenangan malam ini memang tidak dijangka. Sebab itu bila diumumkan markah juri awam, saya tak boleh tahan sebak," luah Ratnah yang ditemui di sidang media Mentor 5 selepas konsert Kumpulan A di Dewan MBSA, Shah Alam malam tadi.
"Sejujurnya saya teringin sangat mendengar komen Datuk Hj Ramli MS. Saya nak dengar dia kata saya 'improved'. Selepas ini saya lagi takut dan tertekan sebab nak pastikan saya dapat kekal di tahap ini."
Buat mereka yang mengikuti musim kelima Mentor 5, tidak perlu GUA katakan apa yang Ratnah berjaya capai malam ini sesuatu yang menakjubkan. Selepas dua konsert, Ratnah berada di kedudukan tercorot dengan 78 markah berbanding Shiha dan Ayish yang masing-masing mempunyai 127 dan 103 markah.
Tetapi berbekalkan usaha Ratnah sendiri dan mentornya, Afdlin Shauki, mereka berjaya membuat satu 'comeback'. Sekaligus mengenepikan Ayish dan merapatkan jurang markah diantara dirinya dan Shiha.
Bagaimanapun Ratnah akui selepas konsert dua minggu lepas dimana dia sekali lagi menduduki tangga terbawah, selama dua hari selepas itu dia dibelenggu perasaan kecewa.
"Tetapi abang Afdlin banyak mendorong saya dan saya cuba berfikiran positif. Jika saya tidak berusaha dengan keras, saya akan terus jatuh. Semuanya terpulang pada dri saya sendiri. Nasib kita, kita yang tentukan.
"Saya tak pernah rasa penat macam ini. Kami dah bagi 'all out' dan ia berbaloi sangat. Harapan saya di konsert akan datang, persembahan saya akan nampak lagi baik."
Read more/More news on: http://www.gua.com.my/
Credits to and source taken from: http://www.gua.com.my/
Keputusan Konsert Mentor 5 pada 27 Mac 2011 Pusingan Kedua Kumpulan A - MARKAH - Ayish: 60 (103)/Shiha: 63 (127)/Ratnah: 38 (78)
Pusingan Kedua
Kumpulan A (27 Mac 2011)
* Ayish: "Itu Kamu" (Estranged)
* Shiha: "Canda" (Syura)
* Ratnah: "Fantasia Bulan Madu" (Search)
* Ayish dan Salma: "Cinta Sempurna" (Yuna) / "Sempurna" (Andra and The BackBone)
* Shiha dan Iqa: "Ku Ada Kamu" (Adira)
* Ratnah dan Aiman: "Malam Ku Bermimpi" (Saloma) / "Mercy" (Duffy)
* Persembahan berkumpulan: Medley Rossa
Juri: Ramli M.S. dan Rossa
Markah
* Ayish: 60 (103)
* Shiha: 63 (127)
* Ratnah: 38 (78)
sumber: http://ms.wikipedia.org/
Mentor 5: Erra Fazira, Salma Ungguli Tangga Teratas Pusingan Pertama
KUALA LUMPUR, 23 MAC 2011: Program realiti hiburan, Mentor Musim 5 yang semakin popular di TV3 telah pun memasuki minggu yang ke-2 pada Ahad (20 Mac 2011) lalu. Seperti tahun-tahun yang lalu musim kali ini masih lagi mengetengahkan enam pasangan protege dan mentor.
Kesemua enam protege dan mentor masing telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Kumpulan A yang terdiri daripada Ratnah (Afdlin Shauki), Shiha (Datuk Sharifah Aini) dan Ayish (Noh Hujan). Manakala kumpulan B pula terdiri daripada Salma (Erra Fazira), Iqa (Edry Abd Halim) dan Aiman (Rahim Maarof).
Setakat ini semua protege dan mentor sudah pun menunjukan kredibiliti mereka masing-masing dalam pusingan yang pertama sejak Mentor Musim 5 bermula pada 13 Mac lalu.
Pada pusingan pertama pertandingan ini protege Erra Fazira iaitu Salma yang membawakan lagu Yang Terindah Hanya Sementara telah mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 80 peratus.Secara tidak langsung, ia turut mengangkat Salma sebagai salah seorang peserta yang berjaya mengungguli tangga teratas pada pusingan yang pertama ini.
Manakala, peserta yang mendapat markah tempat kedua tertinggi pula adalah protege Datuk Sharifah Aini iaitu Shiha dengan markah sebanyak 64 peratus.
Sementara itu protege Edry Abdul Halim iaitu Iqa pula mendapat markah tempat ketiga tertinggi dengan markah 55 peratus pada pusingan pertama ini. Iqa telah mendendangkan lagu Kenangan Lalu pada minggu kedua.
Pada minggu lalu, Datuk Ramli MS dan penyanyi Zainal Abidin telah diundang untuk menjadi juri pada malam tersebut. Pada Ahad (27 Mac 2011)ini, protege daripada kumpulan A pula akan bertarung dan pusingan kedua pula akan bermula.
Mampukah peserta lain merampas tahta protege Erra Fazira iaitu Salma untuk menjadi peserta yang mendapat tangga teratas undian dalam pusingan yang kedua? Sama-sama kita saksikannya di saluran TV3 Ahad ini, jam 9 malam.
Peratus Undian Pusingan Pertama:
1. Salma (Erra Fazira) - 80 %
2. Shiha (Datuk Sharifah Aini) - 64%
3. Iqa (Edry Abdul Halim) - 55%
4. Aiman (Rahim Maarof) - 48%
5. Ayish ( Noh Hujan)- 44%
6. Ratnah (Afdlin Shauki) - 40%
Kredit diberikan kepada/sumber: http://www.murai.com.my/
Keputusan Konsert Mentor 5 pada 20 Mac 2011 untuk Kumpulan B di TV3, Ahad - MARKAH - Salma: 80/Iqa:55/Aiman:48
Kumpulan B (20 Mac 2011)
* Iqa: "Kenangan Lalu" (The Flybaits)
* Aiman: "Kesedaran" (Gaya Zakry)
* Salma: "Yang Terindah Hanya Sementara" (Erra Fazira)
* Persembahan penguji bakat – Kassri: "Tinggal Kenangan" (Saleem)
* Iqa dan Edry KRU: "Istana Cinta" (Saloma)
* Aiman dan Rahim Maarof: "Lizawati" (Rahim Maarof)
* Salma dan Erra Fazira: "Cemburu", "Jendela Hati", "Pertemuan" (Erra Fazira)
* Persembahan berkumpulan: Medley Jamal Abdillah
Juri: Zainal Abidin dan Ramli M.S.
Markah
* Iqa: 55
* Aiman: 48
* Salma: 80
sumber: http://ms.wikipedia.org/
Konsert Mentor 5 pada 13 Mac 2011 untuk Kumpulan A di TV3, Ahad - MARKAH - Shiha: 64/Ayish:43/Ratnah:40
Konsert mingguan
Konsert Pengenalan
Konsert Pengenalan Mentor 5 berlangsung pada 6 Mac 2011, di mana keenam-enam protege akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Bermula dengan persembahan pembukaan oleh keempat-empat juara Mentor yang lalu, iaitu Pija, Fiq, Black dan Mohd, keenam-enam protege membuat persembahan mereka di atas pentas Auditorium MBSA, Shah Alam, di hadapan juri Ramli M.S. dan Ajai yang menentukan kumpulan mereka.
* Ratnah – "Tak Ada Logika" (Agnes Monica)
* Ayish – "Hapus Aku" (Nidji)
* Shiha – "Hanya Kau yang Mampu" (Aizat)
Persembahan khas: Syila (dari uji bakat Datuk Sharifah Aini) – "Ingatan Manis di Bulan September" (Sharifah Aini); diikuti ibunya Sharifah Nasmah bersama Datuk Sharifah Aini – "Mawar Putih untuk Mama"
* Aiman – "Kau dan Aku" (Aizat)
* Iqa – "Aku Cinta Padamu"
* Salmah – "Bertamu di Kalbu" (Jaclyn Victor)
Selepas keenam-enam protege menyanyikan lagu tema Mentor secara berkumpulan, iaitu "Tunjuk Ajarku Sifu", Para juri menetapkan Ayish, Shiha dan Ratnah dalam kumpulan A manakala Iqa, Aiman dan Salmah dalam kumpulan B.
Pusingan pertama
Kumpulan A (13 Mac 2011)
* Shiha: "Menghitung Hari" (Kris Dayanti)
* Ayish: "Hanyut" (Faizal Tahir)
* Ratnah: "Seribu Tahun Tak Mungkin" (Bumiputra Rockers)
* Persembahan penguji bakat: "Bila Aku Sudah Tiada" (Hujan)
* Shiha dan Datuk Sharifah Aini: "Rindu" (Sharifah Aini)
* Ayish dan Noh Hujan: "Hijau" (Zainal Abidin)
* Ratnah dan Afdlin Shauki: "Sedang Ingin Bercinta" (Dewa)
* Persembahan berkumpulan: Medley Ziana Zain
Juri: Ramli M.S. dan Ziana Zain
Markah
* Shiha: 64
* Ayish: 43
* Ratnah: 40
sumber: http://ms.wikipedia.org/
Konsert Mentor 5 setiap hari Ahad jam 9.00 malam di TV3 - Kenali Mentor/Protege Mentor Musim Ke-5

Biodata enam mentor dan protege bagi Mentor Musim Ke-5 (Mentor 5)
Mentor : Erra Fazira
Hampir 15 tahun berada dalam dunia nyanyian dan lakonan, Erra Fazira bukan sahaja mempunyai 7 album solo semenjak tahun 1994 malah pernah menjadi finalis Anugerah Juara lagu, Anugerah Era dan juga Anugerah Industri Muzik. Selain itu, Erra Fazira juga mencipta nama dalam bidang lakonan pada tahun yang sama dengan Filem Box Office, Sembilu. Erra Fazira pernah melakonkan pelbagai watak dalam lebih daripada 35 buah filem. Bukan itu sahaja, belia juga berkecimpung dalam pentas Teater.
Bakatnya di nilai apabila Erra Fazira memenangi pelbagai Anugerah melalui Filem Festival Malaysia, Anugerah Skrin dan juga Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Erra juga pernah di nobatkan sebagai Miss Malaysia pada tahun 1992 dan mewakili Malaysia dan Miss World 1992 di Botswana.
Nama Penuh : Salmah Binti A. Asis
Nama Panggilan : Salma
Bangsa / Agama : Melayu/Islam
Asal : Tawau, Sabah
Umur : 21
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Kerani
Kenapa Mentor?
Semestinya Salma menyertai Mentor kerana minat dalam bidang nyanyian.
Harapan:
"Saya akan mengambil peluang ini untuk berusaha bersungguh-sungguh
dan buktikan bahawa saya bakal menjadi Juara Mentor. Terima kasih
kepada Mentor saya, Erra Fazira kerana memberi saya peluang menjadi Protégénya"
Mentor : Noh Hujan
Noh, vokalis utama kumpulan yang semakin popular hari ini, Hujan telah berada dalam bidang nyanyian semenjak tahun 2006. Sebelum itu, Noh pernah bersama kumpulan M.I.X.
Noh dan kumpulannya Hujan juga di kenali sebagai antara band Indie yang awal yang merempuh industru muzik hari ini. Noh juga bertindak sebagai penulis lirik dan komposer untuk hampir kesemua lagu Hujan. Hujan juga pernah memenangi Anugerah Best Rock Album dan Best Rock Song dalam Anugerah Industri Muzik yang ke-16 dan juga telah berjaya ke pentas Anugerah Juara Lagu 2 tahun berturut-turut.

Nama Penuh : Muhammad Faris Bin Mohamed Razali
Nama Panggilan : Ayish
Bangsa / Agama : Melayu/Islam
Asal : Shah Alam, Selangor
Umur : 21
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : -
Ayish, gemar bermain bola sepak dan sering ke gym untuk menjaga stamina dan juga struktur badan. Bermula dengan bermain gong di sekolah menengah semasa berusia 15 tahun, dari situla permulaan Ayish dalam bidang nyanyian setelah mencuba untuk menyanyi di sekolah.
“Saya mahu menjadi Juara sekali gus membuktikan kebolehan saya dalam nyanyian dengan tunjuk ajar serta bimbingan Mentor saya, Noh dan semestinya ingin menjadi penyanyi yang berjaya”

Mentor : Edry Abd Halim
Edry Abd Halim, anggota salah satu kumpulan adik beradik KRU telah mencipta nama sekitar 15 tahun yang lalu. Selain nyanyian, Edry juga menerbitkan album KRU bersama 2 beradik lagi. Belia juga mahir bermain alat muzik dan seorang komposer yang di segani.
Selama 15 tahun melibatkan diri dalam bidang hiburan, 15 album sudah pun di terbit, berlakon dalam 3 filem dan membuat skor muzik. Edry bersama kumpulannya KRU pernah memenangi beberapa anugerah, di antaranya adalah Kumpulan Paling Popular, Muzik Video Terbaik dan Pengarah Harapan dan Filem Terbaik melalui Filem Magika di Filem Festival Malaysia baru-baru ini.

Nama Penuh : Nursyafiqah Nasratullah Bt Mohd Nor
Nama Panggilan : Iqa
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Ampang, Selangor
Umur : 25
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Eksekutif Insurans
Dilahirkan di Johor Bahru dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Mempunyai kelulusan dalam Pengurusan Pentadbiran. Suka bermain gitar dan bass and juga meminati bidang lakonan. Pernah mengadakan beberapa persembahan gig.
“Ingin maju setapak kehadapan dan menjadi yang terbaik, berbekalkan tunjuk ajar, dan didikan Mentor saya, Edry dan sudah pasti bergelar Juara Mentor musim ini”

Mentor : Afdlin Shauki
Afdlin Shauki bukan sahaja penyanyi, malah beliau ialah seorang penghibur tanahair. Nama Afdlin Shauki amat terkenal sebagai pelakon, penulis lagu, pengacara, pengarah dan penulis skrip.
Selain itu beliau juga sering mengacarakan pelbagai Anugerah dan Rancangan Television. Lebih dari 18 filem penglibatan belia sebagai pelakon dan telah mengarah 9 filem. Afdlin Shauki menggondol Anugerah "Most Promising Director" dalam Filem Festival Malaysia tahun 2004. Filem arahannya, Papadom juga memenangi Filem Terbaik dalam Filem Festival 2009 dan Skor Terbaik.

Nama Penuh : Ratnah Bt Awal
Nama Panggilan : Ratnah
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Ampang, Selangor
Umur : 26
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Penari Sambilan
Suka membaca novel di waktu lapang dan kebanyakan koleksi adalah berbahasa Inggeris. Menari juga adalah sebahagian dari hidup saya selain nyanyian kerana ia penting untuk menjaga kesihatan dan stamina.
“Harapan saya adalah untuk bergelar Juara Mentor dan memenangi RM100,000! Saya akan menggunakan peluang saya untuk menimba ilmu dan pengalaman dari Afdlin Shauki dan juga tenaga pengajar yang lain. Saya ingin menjadi penghibur yang berjaya satu hari nanti”

Mentor : Datuk Sharifah Aini
Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah sudah lebih 4 dekad berada dalam industri nyanyian. Beliau di kenali bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara juga. Kak Pah mempunyai 98 album secara keseluruhan.
Suara merdu dan lunak beliau boleh didengar dalam pelbagai genre muzik di antaranya adalah Pop, Balada, Tradisional, Ghazal, Zapin, Irama Klasik Melayu dan macam-macam lagi. Kak Pah gemar mengadakan persembahan amal atau bekerjasama secara amal dan telah membuat lebih 3,000 pertunjukkan amal.

Nama Penuh : Nurshiha Binti Mohd Zikir
Nama Panggilan : Shiha
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Kuala Lumpur
Umur : 24
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Sendiri
Shiha, di lahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang sering bermain boling atau pergi karaoke di waktu lapang. Shiha mula menyanyi secara serius setelah berhijrah ke Kuala Lumpur kira-kira 6 tahun lalu.
“Saya mahu menimba ilmu dan pengalaman dari Mentor saya, Datuk Sharifah Aini agar boleh melangkah ke tahap yang lebih tinggi. Saya akan menggunakan platform sebaik mungkin supaya saya boleh memenangi pertandingan ini!”

Mentor : Rahim Maarof
Penyanyi kelahiran Kota Bharu Kelantan ini, Rahim Maarof mula berkecimpung dalam industri hiburan pada tahun 1981. Beliau pernah menjadi penyanyi dalam kumpulan Meets Group, Love Bite, Whitesteel dan juga penyayi undangan kumpulan Lefthanded sebelum beliau bergerak solo. Rahim Maarof mempunyai 9 album keseluruhan dan pernah berlakon dalam 3 filem antaranya ialah filem Mira Edora dan Syakila.

Nama Penuh : Aiman Hakin Bin Ridza Abdoh
Nama Panggilan : Aiman
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Shah Alam, Selangor
Umur : 22
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Pelajar
Selain menyanyi dan bermain gitar, hobi Aiman ialah bersukan. Bola Sepak adalah sebahagian dari hidup Aiman dan pernah mewakili negara ke Kelayakkan Piala Dunia U17. Pengalaman yang tidak akan dilupakan adalah semasa bermain bola sepak bersama skuad Bayern Munich.
“Saya ingin menambahkan pengetahuan saya tentang muzik dan nyanyian dari Mentor saya, Rahim Maarof dan ingin menjadi seorang penyanyi yang Berjaya”
Special thanks/credits to and source taken from:
http://apps.tv3.com.my/
http://www.gua.com.my/
http://www.realitimelayu.co.cc/
Mentor musim kelima membuka tirai pada 7 Mac 2011 dengan persembahan sulung sebagai pengenalan untuk semua protege
by Amir Hisham Albakri | 07 Mar 2011
Mentor 5: Persaingan Merebut Gelaran Juara Bermula!
Mentor musim kelima membuka tirai malam tadi dengan persembahan sulung sebagai pengenalan untuk semua protege. Konsert ini telah dipancarkan secara langsung dari Auditorium MBSA bermula pada pukul 9 malam selama 1 jam setengah.
Kombinasi Ally Iskandar dan Nas Ahmad yang dikekalkan untuk mengemudi program realiti ini masih mengekalkan identiti masing-masing dengan gaya kendalian mereka, Ally petah di atas pentas manakala Nas di belakang tabir.
Pembukaan konsert ini telah menyaksikan juara-juara terdahulu, iaitu Pija, Fiq, Black dan Mohd dengan masing-masing menyanyikan medley lagu seperti Layar Impian dan Opera Hidup. Kerinduan peminat pada vokal mereka terubat, terutamanya sekali pada Pija yang telah lama tidak muncul baik di media elektronok mahupun media cetak.
Para penonton telah dihiburkan dengan persembahan dari semua protege yang mana mereka telah mendendangkan lagu Tak Ada Logika (Ratnah / Afdlin Shauki), Hapus Aku (Ayish / Noh Hujan), , Hanya Kau Yang Mampu (Shiha / Dato' Sharifah Aini), Kau Dan Aku (Aiman / Rahim Maarof), Aku Cinta Padamu (Iqa / Edry Abdul Halim) dan Bertamu Di Kalbu (Salma / Erra Fazira).
Secara keseluruhan, semua persembahan boleh dianggap sederhana. Kemungkinan besar kesemua protege masih belum membiasakan diri dengan persembahan secara langsung di hadapan penonton. Namun begitu pujian harus diberikan kepada Salma yang berjaya memukau penonton dengan alunan vokalnya yang mantap.
Untuk musim ini, Dato' Ramli MS telah dilantik sebagai juri professional tetap manakala Ajai bertindak sebagai juri mingguan (Ajai juga dikekalkan sebagai penasihat vokal). Komen utama yang diluahkan oleh mereka adalah keperluan untuk semua protege menguasai melodi dalam penyampaian mereka dan juga menghayati maksud lirik lagu yang dipersembahkan. Penguasaan vokal juga masih belum memuaskan. Ada di kalangan protege yang terlalu memberi penekanan kepada vokal sehingga mencacatkan sedikit persembahan.
Melalui penilaian dari juri professional, para protege telah dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan A dibarisi oleh Ayish, Ratnah dan Shiha manakala Kumpulan B dianggotai oleh Aiman, Iqa dan Salma.
Konsert kedua akan diadakan pada Ahad, 13 Mac yang bakal penyaksikan pertarungan pertama Kumpulan A.
Read more: http://www.gua.com.my/
Special thanks and credits to/ source taken from: http://www.gua.com.my/
Enam Peserta Mentor 5 Diumum - Enam peserta dipilih sebagai “protoge” dalam rancangan Mentor musim ke 5 yang bakal berlangsung pada 6 Mac 2011
Enam Peserta Mentor 5 Diumum
Oleh KEMALIA OTHMAN
Barisan peserta Mentor musim ke 5
PETALING JAYA: Enam peserta dipilih sebagai “protoge” dalam rancangan Mentor musim ke 5 yang bakal berlangsung pada 6 Mac ini.
Antara peserta tersebut ialah Salma, Ayish, Ratna, Shiha, Aiman dan Iqa.
Kesemua mereka telah memulakan latihan dan persiapan bersama Mentor masing-masing iaitu Erra Fazira (Salma), Noh Hujan (Ayish), Afdlin Shauki (Ratna), Datuk Sharifah Aini (Shiha), Rahim Maarof (Aiman) dan Edry Halim (Iqa).
Menurut Eksekutif dan Pengarah Mentor 5, Muhamad Sufian Isa, setelah melakukan sesi uji bakat barisan Mentor telah melakukan pemilihan dengan teliti.
"Kami telah menerima penyertaan hampir tiga ribu orang di enam sesi uji bakat dan kiriman demo nyanyian.
"Selain menjadi inspirasi, Mentor juga menggalas tanggungjawab dalam perancangan strategi mengasah bakat protoge mereka," katanya pada sidang media Showcase Mentor musim ke 5, di sini, Selasa.
Tambahnya, cabaran utama ialah terhadap jangkauan penonton lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini.
“Dua siaran Mentor minggu lalu menunjukkan rating yang tinggi iaitu 3 juta penonton, jadi cabarannya ialah kita mahu jumlah tersebut kekal dengan memberikan yang terbaik.
“Persiapan rapi telah dibuat untuk memastikan semua berjalan lancar untuk konsert pertama pada Ahad ini,” katanya.
Musim kelima masih mengekalkan format pemarkahan yang sama iaitu 50 peratus daripada juri berpengalaman, 30 peratus melalui undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20 peratus daripada juri awam.
Pengacara Mentor 5 masih mengekalkan Ally Iskandar, selain Nas Ahmad sebagai pengacara bersama untuk kisah di sebalik tabir.
Manakala Ajai sebagai Penasihat Vokal, Adam sebagai Penasihat Persembahan, FaizalUzir sebagai Pengarah Muzik dan Ramli M.S dilantik sebagai juri tetap buat pertama kalinya.
Juara rancangan itu melayakkan protoge membawa pulang sebuah kereta Chevrolet Cruz.
Kedua-dua protoge dan mentor masing-masing akan turut menerima wang tunai RM100,000.
Bagi tempat kedua protoge akan mendapat sebuah Vespa LX150 dan masing-masing akan menerima RM30,000 bagi mentor dan protoge.
Konsert mingguan Mentor akan disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSB) pada setiap Ahad pukul 9 malam.
Read more/More news on: http://www.mstar.com.my/
Credits to and source taken from: http://www.mstar.com.my/
Mentor 5: Proses pemilihan lebih ketat - Mentor 4 berjaya mencatatkan rating tertinggi sepanjang bersiaran tahun ini
Mentor 5: Proses pemilihan lebih ketat
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR
SEMEMANGNYA sesuatu yang mengejutkan apabila program realiti terbitan TV3, Mentor 4 berjaya mencatatkan rating tertinggi sepanjang bersiaran tahun ini.
Belum pernah dalam sejarah Mentor yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2005 itu mencatatkan rating hampir tiga juta penonton untuk konsert mingguannya.
Manakala pentas akhir Mentor 4 yang diadakan pada 4 Julai lalu pula telah disaksikan seramai 3.8 juta penonton yang menyaksikan Ziana Zain dan protegenya, Mohd. diangkat sebagai juara.
Dengan kedua-dua rekod cemerlang itu, ia sekali gus meletakkan program tersebut sebagai yang terbaik sepanjang Mentor diadakan.
Walaupun tidak terlepas daripada kisah panas, ia langsung tidak menggugat kesetiaan peminat setia rancangan itu untuk terus menjadikan Mentor 4 sebagai tontonan wajib setiap minggu.
Memperkatakan tentang kontroversi, adakah Mentor 5 yang akan memulakan misi pencarian protege tidak lama lagi itu mampu mengelakkan diri daripada terkena tempias itu?
Sesiapa yang mengikuti Mentor 4, pasti tidak akan dapat melupakan apabila Ziana diberi 'hak istimewa' untuk menukar protegenya di saat akhir ketika konsert mingguan pertama sudah bermula.
Lalu, ramai yang kini menunggu dan melihat apakah kisah itu akan berulang sekali lagi dalam Mentor 5?
Menjawab persoalan itu, Penerbit Mentor 5, Muhamad Suffian Isa menjelaskan proses pemilihan protege kali ini akan memastikan kes yang serupa tidak akan berulang kembali.
Untuk itu kata Muhamad Suffian, selepas uji bakat terakhir iaitu pada 30 Januari depan, dia dan kesemua mereka yang terlibat termasuk enam mentor musim ini akan bersidang dan meneliti calon yang benar-benar layak.
“Kalau diperhatikan, kes penukaran protege di saat akhir itu merupakan kes yang agak terpencil dan tidak pernah berlaku dalam sejarah penganjuran Mentor.
“Saya dan pihak TV3 sendiri tidak mahu apa yang berlaku dalam musim lalu terjadi lagi. Kerana itu, faktor utama dalam memilih protege kali ini adalah mereka yang komited serta memiliki tahap disiplin yag tinggi di samping memiliki kualiti bakat,” ujarnya dalam nada serius.
Muhamad Suffian berkata demikian pada sidang akhbar pengumuman enam mentor yang terpilih menerajui Mentor 5 yang diadakan di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Pastinya, Mentor 5 bakal memberikan satu tontonan yang cukup menarik apabila salah seorang artis yang dipilih sebagai mentor ialah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar.
Lima yang lain termasuklah Afdlin Shauki, Erra Fazira, Edry Abdul Halim, Rahim Maarof serta vokalis kumpulan Hujan, Noh.
Hanya Sharifah Aini sahaja yang tidak dapat hadir pada petang itu kerana masih lagi berada di Mekah dan penyanyi itu sempat memberikan sepatah dua kata menerusi rakaman video.
Berbicara tentang drama yang sudah menjadi sebahagian dalam mana-mana program realiti, Muhamad Sufian menjelaskan, perkara itu tidak mampu dielakkan kerana ia adalah perlakuan yang semula jadi tanpa dibuat-buat.
Mampu menggalas
“Ramai yang menyangkakan drama yang terjadi dalam Mentor adalah sesuatu yang telah dirancang oleh pihak kami tetapi sebenarnya tidak. Biasalah, kalau tiada drama, tidak menarik sesebuah program realiti itu,” ujarnya berseloroh.
Ketika ditanya tentang pemilihan artis dalam Mentor 5, Muhamad Suffian menjelaskan ia bukanlah satu proses yang mudah untuk memilih mereka sebagai mentor bagi musim kelima ini.
“Kami telah menyenaraikan 15 orang artis yang kami fikir layak untuk menjadi mentor kali ini berdasarkan kecemerlangan dan pengalaman mereka dalam bidang seni.
“Seboleh-bolehnya kami juga mahu menampilkan muka-muka baru yang tidak pernah menyertai Mentor sebelum ini.
“Selepas meneliti dan melalui proses perbincangan, kami percaya enam artis yang dipilih kali ini mampu menggalas tanggungjawab mereka dengan baik serta bersedia menyahut cabaran sebagai mentor,” kata Muhamad Suffian lagi.
Seperkara lagi tentang Mentor 5 yang dikhabarkan dalam sidang akhbar itu adalah tentang pengenalan dua juri tetap.
“Itu merupakan salah satu perubahan yang kami lakukan untuk musim ini. Buat masa ini, kami tidak boleh mengumumkan lagi siapakah dua individu itu kerana masih dalam perbincangan.
“Selepas semuanya muktamad kelak, barulah kami akan mengumumkannya pada sidang akhbar yang kedua bersama barisan protege yang terpilih nanti,” jelasnya.
Dalam masa yang sama, Muhamad Suffian juga tidak menafikan bahawa perlu berdepan dengan tekanan memandangkan musim keempat telah melakar kejayaan yang cukup luar biasa.
Tetapi, dia optimis Mentor musim terbaru ini juga mampu mencatatkan kejayaan tersendiri yang turut mengekalkan format pembahagian markah iaitu 50 peratus daripada juri tetap, 30 peratus (SMS) dan selebihnya daripada juri awam.
Uji bakat pertama akan berlangsung pada 18 dan 19 Disember ini di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah manakala 1 dan 2 Januari depan pula akan diadakan di Merdeka Palace, Kuching, Sarawak.
Selain daripada menghadiri uji bakat yang telah ditetapkan, kelainan untuk Mentor edisi terbaru ini apabila para peserta boleh memuat naik rakaman video nyanyian masing-masing ke www.tv3.com.my/mentor5 sebelum atau pada 10 Januari 2011.
“Dengan cara ini, ia lebih memudahkan peserta selain dapat menjimatkan masa daripada menghadiri sesi uji bakat.
“Seandainya mereka berjaya, pihak produksi akan menghubungi mereka untuk hadir ke satu sesi uji bakat pada tarikh dan waktu yang ditetapkan,” ujarnya lagi yang memberitahu uji bakat untuk kesemua mentor akan berlangsung di Sri Pentas.
More news on: http://www.utusan.com.my/
Credits to and source taken from: http://www.utusan.com.my/






