Another type of Puding Nenas
PUDING NENAS
Hidangan Kak LIza
Bahan:
Bahan puding:
1 peket agar-agar
6 mug air
1 tin buah nenas gelang [asingkan air dan buahnya]
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula
1 cawan tepung kastad
buah ceri merah/hijau
Cara:
1. Masak agar-agar sehingga hancur.
2. Masukkan air buah dalam tin & gula. BIla mendideh tapiskan.
3. Bancuhkan tepung jagung dengan susu cair dan tapiskan. Masukkan dalam adunan agar. Kacau sehingga agak pekat tapi tak perlu mendideh.
4. Susun buah nenas ke dalam acuan. Buatkan dua acuan. 1 untuk atas topi dan satu bekas leper sebapai bawah topi.
5. Apabila agar-agar sudah masak, tuangkan kedalam acuan yang mengandungi nenas dan buah ceri yg disusunkan tadi.
6. Biarkan sejuk dan simpan ke dalam peti sejuk.
7. Bila agar2 telah keras letakkan adunan yg leper dalam pinggan lebar dan baru letakkan adunan mangkuk yg kecil diatasnya.
source: http://www.freewebs.com/
Resepi Puding Nenas
Bahan-bahannya;
1 bungkus agar-agar
2 biji telur ayam
1/2 tin susu cair
1 1/2 cawan gula pasir
6 keping nanas dipotong kecil
5 sudu teh koko Van Houtten
1/2 sudu teh esen ros
sedikit kismis & ceri untuk hiasan
Cara membuatnya
Agar-agar dicuci dan masakkan dengan air secukupnya sehingga mendidih. Masukkan susu cair, gula pasir, telur ayam yang sudah dipukul.
Apabila sebati, angkat dan tapiskan agar-agar ke dalam acuan. Masukkan esen ris, nanas dan serbuk koko yang telah dibancuh dengan sedikit air suam.
Hiaskan agar-agar dengan ceri dan kismis.
More on: http://puteri_ina.tripod.com/
Credits to and source taken from: http://puteri_ina.tripod.com/ - for the recipe -
http://www.freewebs.com/ - for the photo and recipe -
The Strangest Year
3 years ago
0 comments:
Post a Comment