RSS

Justin Bieber di KL 21 April 2011 - Justin Bieber akan mengadakan konsert pertamanya di Malaysia pada 21 Aprl ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur


Justin Bieber akan mengadakan konsert pertamanya di Malaysia pada 21 Aprl ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Peminat remaja pasti tidak sabar menunggu persembahan artis remaja popular itu kan?

Justin Bieber di KL 21 April
Ditulis oleh Rosli Manah




Singgahannya sempena siri menjelajah dunia Justin Bieber My World Tour: Kuala Lumpur. Malaysia menjadi salah satu destinasi memandangkan penyanyi itu mempunyai ramai peminat dan albumnya juga mendapat sambutan hangat di Malaysia.

Sebelum ke Kuala Lumpur penyanyi berusia 16 tahun ini akan mengadakan siri jelajahnya di Birmingham, Dublin, Liverpool, London, Rotterdam, Paris, Madrid, Barcelona, Zurich dan beberapa bandar lain di Eropah.

Nampaknya Kuala Lumpur menjadi destinasi utama Justin untuk siri jelajahnya di Asia. Tournya dibawakan oleh Tune Talk.

Kepada peminat penyanyi itu bolehlah menunggu pengumuman daripada pihak penganjur untuk mendapatkan tiket.

Read more on/More news on: http://www.manggaonline.com.my

Credits to and source taken from: http://www.manggaonline.com.my

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Visitors Map

Online Users