Isma AF7 Tengah Hamil 2 Bulan, Anak Ke-6
20 APRIL 2011: Ha... Murai Batu pasti, mesti ramai yang excited nak dengar cerita ini bukan? Yelah, seperti yang kita sedia maklum pasangan selebriti Isma AF7 dan Zul 2 By 2 sebelum ini telah pun dikurniakan 5 orang cahaya mata.
Tup-tup ada rakan Murai Batu sampaikan berita yang Isma AF7 sudah pun mengandungkan anak ke-6. Menurut sumber lagi kandungan Isma kini sudah pun berusia dua bulan.
Rakan Murai Batu itu pasti sangat dengan berita ini kerana katanya suaminya, Zul 2 By 2 sendiri yang mengaku perkara tersebut kepadanya. Malah, katanya lagi, Zul 2 By 2 nampak cukup gembira sekali bila mengetahui tentang kehamilan isteri tercintanya. Maklumlah, anak itu kan rezeki pemberian daripada Allah Taala.
Wah, produktif betul nampaknya si Isma AF7 dengan suaminya, Zul 2 By 2 ni ye. Dalam diam-diam, berisi. Baguslah macam tu, mesti bertambah bahagia rumah tangga mereka. Yelah orang kata anak kan pembawa rezeki kepada keluarga.
Lagipun Murai Batu lebih suka dengar berita baik yang macam ni berbanding berita perceraian yang tidak sedap didengar telinga sejak akhir-akhir ini.
Apa-apa pun, Murai Batu nasihatkan pada Isma janganlah buat kerja yang berat-berat dan jagalah kandungan tu baik-baik sebab Murai Batu dengar kakak kepada penyanyi, Tomok ini baru saja selesai mengarahkan filem untuk kumpulan Sofazr yang berjudul Jiwa Kacau.
Read more: http://www.murai.com.my/
source/sumber maklumat: http://www.murai.com.my/
An impending change and Choco
5 years ago
0 comments:
Post a Comment