Balas Tersingkir, ML Dilanjutkan 3 Minggu lagi
Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Photography
KUALA LUMPUR, 28 MEI 2011: Hasrat kumpulan Balas untuk berjuang hingga ke peringkat akhir Maharaja Lawak nampaknya terpaksa dipadamkan setelah mereka dimumkan oleh juri tetap Saiful Apek sebagai peserta yang tersingkir pada minggu ke sembilan.
Malah Balas yang terdiri daripada Fandi Muhammad (Fendi)dan Mohd Shukri Mohd Sahar (Shuk) terpaksa menerima keputusan tersebut setelah mengaku persembahan mereka pada minggu tersebut adalah antara yang paling tidak memuaskan.
"Tiada apa lagi yang boleh kami sesalkan. Saya akui memang persembahan kami minggi ini adalah antara yang paling teruk sekali.
"Sebenarnya kami tidak cukup masa untuk melakukan latihan disebabkan masing-masing sibuk dengan tuntuan berlakon.
"Kami bagaikan dapat menjangka yang kami akan tersingkir minggu ini. Itu pun setelah melihat hanya tinggal peserta yang hebat dan handal sahaja yang tinggal dalam Maharaja Lawak ini. Apatah lagi, ditambah pula dengan persediaan yang tidak cukup dari kami pada malam ini,"jelas Fendi.
Shuk yang baru selesai pengambaran filem Adnan Sempit 2, bakal menjalani pengambaran bersama rakannya, Fendi dalam telemovie Saya Tahu Apa Awak Buat Raya Lepas.
Selain Balas, R2 dan Sepah antara peserta yang mendapat jumlah undian paling terendah daripada juri dan penonton di gelanggang Maharaja Lawak yang berlangsung di Finas, malam semalam.
Selepas penyingkiran dilakukan, pengacara AC Mizal terus mengumumkan bahawa Maharaja Lawak yang sepatutnya berakhir minggu hadapan bakal dilanjutkan lagi hingga 3 minggu.
Menariknya,pada 3 minggu tersebut Maharaja Lawak bakal bersiaran secara langsung di 3 lokasi berbeza iaitu di Penang International Sports Arena (PISA) pada 3 Jun, Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan Pahang pada 10 Jun dan Dewan Tertutup Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB), Johor pada 17 Jun ini.
Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata tujuan Maharaja Lawak dilanjutkan dan diadakan di tiga lokasi berbeza adalah untuk memberi peluang kepada negeri lain serta orang ramai merasai kehangatan program tersebut.
"Sebenarnya kita sudah merancang perkara ini sejak awal lagi dan hari ini kita baru umumkan supaya ianya menjadi kejutan yang menggembirakan. Apatah lagi, tempat yang kami pilih itu bakal memuatkan penonton dari 2500 hingga 4000 orang.
"Bukan sahaja persembahan Maharaja Lawak, kami juga akan mengadakan sedikit karnival daripada jam 6 petang pada hari berkenaan.
"Apa yang pasti dalam karnival itu nanti, kita akan adakan beberapa aktiviti dan gerai yang melibatkan hampir semua peserta Maharaja Lawak mahupun yang telah tersingkir," jelasnya selepas berakhirnya Maharaja Lawak minggu kesembilan malam semalam.
Orang ramai yang berminat untuk menyaksikan rakaman Maharaja Lawak tersebut perlu menghadirkan diri pada jam 4 petang untuk mengambil pas masuk pada hari berkenaan.
Selain Saiful Apek, juri tetap Maharaja Lawak lain yang bakal bersama setiap minggu adalah Mamat Khalid dan Ahmad Idham.
Program Maharaja Lawak telah berlangsung di Studio Finas, Hulu Klang dan ia disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132).
Keputusan rasmi Maharaja Lawak sehingga malam semalam:
Jambu - 56%
Jozan - 53%
Nabil - 50%
Sepah - 49%
R2 - 40%
Balas - 35%
sumber maklumat dan gambar: http://www.murai.com.my
An impending change and Choco
5 years ago
0 comments:
Post a Comment