RSS

Salma Juara Mentor 5 - Keputusan Mentor 5 Akhir diadakan pada 29 Mei 2011 di TV3 secara langsung: Salma 85 markah/Shiha 63/Iqa 56
















Salma Juara Mentor 5 yang telah disiarkan secara langsung pada 29 Mei 2011 dari Stadium Melawati, Shah Alam sejak pukul 9.00 malam di TV3.

Tahniah kepada semua pemenang Mentor Musim Ke-5 (Mentor 5)

Kredit kepada dan sumber diberikan kepada TV3 atas maklumat dan gambar

Salma Pukau Penonton Dengan "Listen"

Malam kemuncak Mentor musim kelima yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam sebentar tadi menyaksikan protege Erra Fazira, Salma dinobatkan sebagai juara. Dengan kemenangan tersebut, peserta dari Tawau, Sabah ini berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah trofi dan sebuah kereta Chevrolet Cruze sumbangan Chevrolet.

Memperoleh pungutan markah sebanyak 85 markah, Salma membuka tirai dengan sebuah duet bersama mentornya menerusi lagu Jendela Hati. Gadis berusia 21 tahun ini kemudian tampil dengan persembahan hebat dan memukau menerusi lagu Listen dendangan Beyonce.

Pada malam konsert penentuan yang disiarkan secara langsung di TV3 itu, Salma turut berduet dengan juara Malaysian Idol 1, Jaclyn Victor dengan lagu, Cinta (Kris Dayanti & Melly Goeslow) dan Rindu (Hetty Koes Endang). Pemilik nama Salmah Binti A. Asis ini turut menyampaikan lagu baru ciptaan Taja (Meet Uncle Hussain) berjudul Aku Permata.

Tempat kedua pula dimenangi oleh protege Datuk Sharifah Aini, Shiha dengan pungutan markah sebanyak 63 markah. Gadis berusia 24 tahun ini berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000, trofi dan Vespa LX150 tajaan Naza World. Pada malam konsert, Shiha menyanyikan lagu Rindu bersama mentornya, lagu solo berjudul Kisah Hati (Alyah), lagu duet bersama Black, Ghazal Untuk Rabiah (Jamal Abdillah) dan Balqis (Siti Nurhaliza) serta lagu baru ciptaan Ajai berjudul Bila Bertemu Mu.

Manakala pemenang tempat ketiga yang akan membawa pulang wang tunai RM10,000 dimenangi oleh protege Edry, Iqa atau nama sebenarnya Nursyafiqah Nasratullah Binti Mohd Nor dengan pungutan markah 56 markah. Peserta dari Ampang, Selangor ini menyampaikan lagu duet bersama mentornya, Ganas, lagu Ku Mohon (Datuk Sheila Majid), lagu baru ciptaan Edry sendiri, Di Penghujungnya dan duet bersama Faizal Tahir, Karma.

Peserta Konsert Akhir Mentor 5 diadili oleh juri tetap, Datuk Haji Ramli M.S bersama dua juri jemputan iaitu penyanyi popular, Ziana Zain dan komposer terkenal, Azmeer.

Kredit kepada dan sumber diberikan kepada http://www.gua.com.my/ atas maklumat dan gambar

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

e-sha said...

Chaiyalah salma..semoga lebih berkembang lagi kareer salma dalam bidang industri seni ini...juga kepada shiha dan iqa...amin..

Post a Comment

Visitors Map

Online Users