Firefly ke Surabaya & Bandung Bermula Ogos
Selepas melancarkan penerbangan pertama ke Kuching dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) pada 19 Mei lalu, syarikat penerbangan komuniti, Firefly terus melebarkan sayapnya apabila mengumumkan penerbangan ke Surabaya dan Bandung bermula Ogos ini.
Penerbangan ke dua destinasi popular Indonesia ini hanya ditawarkan di LTAS dan bakal beroperasi bermula 14 Ogos untuk ke Surabaya, manakala untuk ke Bandung, penerbangan pertama dijadualkan pada 16 Ogos ini. Tiket-tiket ke destinasi ini telah pun mula dijual dan jika anda merebut peluang awal ini, anda boleh mendapat tiket serendah RM90 untuk perjalanan sehala.
Bagi yang mahukan percutian lebih nilai, anda boleh membeli pakej percutian yang disediakan oleh Firefly Holiday. Percutian tiga hari dua malam ke Bandung bermula pada harga RM559 dan harga ini termasuk tiket penerbangan pergi balik, penginapan dua malam berserta sarapan, sajian makanan di dalam pesawat, elaun bagasi dan juga tempat duduk pilihan.
Untuk percutian ke Surabaya pula, ia berharga dari RM519 bagi percutian tiga hari dua malam. Anda boleh memilih sama ada menginap di Hotel Singgahsana atau Garden Palace Hotel. Kedua-dua hotel ini bertaraf empat bintang.
Sementara itu, sempena dengan pelancaran penerbangan ke Kuching dari Johor Bahru baru-baru ini, Firefly turut menawarkan pakej percutian ke Universal Studio Singapore (USS). Pakej tiga hari dua malam ini bermula dari RM543 dan ia termasuk penginapan dua malam berserta sarapan di hotel pilihan di Johor Bahru, pas lawatan sehari ke USS dan pengangkutan pergi dan balik ke USS dari hotel penginapan.
Tempahan boleh dibuat sekarang dan harga ini sah untuk perjalanan sehingga 29 Oktober ini. Pakej ke USS ini juga ada bermula dari Kota Kinabalu, Pulau Pinang dan Langkawi. Untuk keterangan lanjut berhubung harga tiket dan pakej percutia , anda boleh melayari laman sesawang syarikat penerbangan ini di www.fireflyz.com.my.
Continue reading/Read more: http://www.gua.com.my/Credits to/source taken from: http://www.gua.com.my/
0 comments:
Post a Comment