RSS

Izwan Pilus meninggal dunia


Izwan Pilus meninggal dunia
Ditulis oleh Rosli Manah Jumaat, 20 Januari 2012 19:11

Penyanyi Izwan Pilus, 33, yang popular dengan lagu Indah Lelapku dan Kembali Senyum meninggal dunia pada pukul 6.15 petang ini di Hospital Ampang, Selangor.

Adiknya penyanyi Aril memaklumkan kematian abangnya melalui twitter miliknya petang ini. Alfatihah. Allahyarham meninggal dunia kerana jangkitan kuman dalam darah. Difahamkan Allahyarham jugakena jangkitan kencing tikus.

"Assalam, abang saya @izwanpilus baru sahaja menghembuskan nafasnya yg terakhir pada jam 6.15 pm." Demikian posting Aril dalam twitter miliknya.

Jenazah dimandikan di hospital dan akan dibawa pulang untuk disemadikan di Jasin, Melaka malam ini juga.

Jenazah akan dikebumikan diTanah Perkuburan Islam Kampung Palembang, Gubah, Jasin, Melaka pada pukul 11.00 pagi esok.



Izwan atau nama penuhnya Khairil Izwan Pilus mula mendapat perhatian selepas layak ke final Bintang RTM 2004. Walaupun tidak mendapat kejayaan, tapi dia mendapat banyak peluang di RTM dengan diasah bakat sebagai pengacara program hiburan di televisyen itu.

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dari Universiti Utara Malaysia itu sering mendapat perhatian bila muncul dalam acara glamor kerana keberaniannya menggayakan fesyen yang pelik dan menyerlah.

Izwan sangat meminati penghibur Datuk Sudirman Hj. Arshad. Kreativiti fesyen yang sering digayakannya sedikit sebanyak mendapat ilham daripada gaya penghibur terkenal itu.

Pada 18 Januari lalu Allahyarham melalui akaun twitter miliknya mengadu tak sedap perut.

"xLena tido mlm td sbb perut bloated dek minum protiEn.. Huh!! So I need my sleep now!!!. Demikian catatannya.

Sementara itu penyanyi Ani Maiyuni dalam akaun facebook memberitahu dia dan Allahyarham menjayakan program Malar Segar (RTM) dan berduet lagu Kalau Bulan Bisa Ngomong minggu lalu.

November lalu Allahyarham dimasukkan ke hospital kerana demam panas berpanjangan. Dia juga disahkan menghidap jangkitan kuman dalam darah. Selepas mendapat rawatan, Allahyarham kembali cergas sehinggalah dua minggu kebelakangan ini kesihatannya kembali terganggu.

Menurut anggota keluarga, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Ampang awal pagi ini selepas mengadu sesak nafas dan wajahnya kekuningan. Sebelah petangnya keadaannya semakin teruk.

Sambung baca: http://www.manggaonline.com.my

sumber: http://www.manggaonline.com.my


Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Sepsis

Teks oleh Haswari Ali

KUALA LUMPUR, 20 JANUARI 2012: Penyanyi popular Khairul Izwan Pilus atau Izwan Pilus, 33 telah meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi di Hospital Ampang di sini, akibat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah atau Sepsis yang serius.

Bapa Allahyarham, Pilus Mohd Jani ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, jenazah akan di bawa pulang ke Melaka pada malam ini juga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Melaka sekitar jam 11 pagi esok.

Selain ayah Allahyarham, ibu dan adiknya Aril turut berada di hospital bagi memberikan penghormatan terakhir kepada anak kedua daripada empat orang adik-beradik itu.

Sementara itu, teman rapat Allahyarham, Norhadiani Baharom yang juga wartawan Harian Metro berkata, penyanyi berkenaan telah mengalami deman teruk dan dimasukan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak hujung tahun lalu, bagaimanapun telah kembali pulih selepas mendapat rawatan.

Bagaimanapun, Allahyarham telah dimasukan ke Hospital Ampang pada tengah malam semalam apabila mendapati mata dan kulitnya berubah bewarna kuning.

Sekitar jam 3 petang tadi, Allahyarham seterusnya telah mendapat alat bantuan life support daripada pihak hospital kerana keadaannya yang semakin kritikal sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum itu, dilahirkan daripada program Bintang RTM pada 2004 dan juga pernah tercalon untuk Anugerah Bintang Popular 2006 dan menerima pencalonan pada Anugerah Industri Muzik ke-14.

Lebih mesra dengan panggilan Izwan, Wan atau Kutek dikalangan rakan dan teman artis, Allahyarham dilahirkan pada 24 November 1979 di Hospital Universiti, Kuala Lumpur.

Berbintang Sagitarius penyanyi berkenaan mendapat pendidikan di bidang Pengurusan Pelancongan berkelulusan ijazah sarjana muda daripada Universiti Utara Malaysia.

Setelah tamat Bintang RTM, Izwan yang meminati muzik berkonsepkan pop, r&b dan rock pernah hit dengan singlenya yang berjudul Kembali Senyum.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham sangat dikenali sebagai seorang individu yang pemalu, bagaimanapun senang didekati, peramah,mesra, manja dan suka membantu orang lain.

Sekalung takziah daripada warga kerja murai.com.my. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan sama-samalah kita menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham.

sumber: http://www.murai.com.my

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Visitors Map

Online Users