RSS

Chaq Bintang Mania Pertama Tersingkir


KUALA LUMPUR, 7 APRIL 2012: Bintang hot seat yang berada dalam empayer Aubrey Suwito, Chaq menjadi peserta pertama tersingkir dalam pertarungan pertama konsert Mania sebentar tadi.

Sungguhpun pada awalnya undian Chaq yang membawakan lagu Lelaki Seperti Aku dendangan asal Alif Satar berada ditangga yang selesa, namun abang kepada Stacy ini terpaksa akur dengan keputusan penyingkiran tersebut. Sebelum mengumumkan keputusan, Aubrey yang menjawab pertanyaan hos Mania, Aznil Hj Nawawi tentang jangkaan beliau siapakah peserta yang berkemungkinan besar akan tersingkir, Aubrey mengakui Chaq berada ditempat terselamat bersama Adira yang mendendangkan lagu Untukmu dari Meet Uncle Hussein. "Saya harap dapat bekerjasama dengan dia lagi. Dia masih lagi muda dan berpotensi. Perjalanan seni dia masih jauh lagi," kata Aubrey khas buat Chaq. Kini, bintang di bawah empayer Aubrey hanya tinggal empat orang saja iaitu Alyah, Jac, Awi Rafael dan Adira.

 Dengan penyingkiran Chaq, maka tinggal 14 peserta yang bernaung di bawah tiga produser muzik handalan iaitu Estranged, Kristal, Stacy, Akim, Hafiz, Aril, Atilia, Shila Amzah, Hazama, Ebi, Jaq, Alyah, Awi Rafael dan Adira. Jika peminat bintang Mania tidak mahu peserta kesayangan mereka tersingkir pada minggu hadapan, jangan lupa mengundi dengan menaip MANIA Nama Bintang dan hantar ke 32888. Konsert Mania turut pada malam tadi turut diserikan dengan persembahan istimewa dari Maher Zain yang mendendangkan lagu terbaru dari album terbarunya berjudul Number One For Me. Kedatangan figura yang popular dengan lagu InsyaAllah ini bersempena konsert sulungnya yang bakal diadakan di Stadium Merdeka pada 16 Jun depan. Mania telah bersiaran secara langsung dari Dewan Seri Putra, Bukit Jalil serta dipancarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104).

Sambung baca:http://www.murai.com.my
 sumber: http://www.murai.com.my

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Visitors Map

Online Users