Sarah Raisuddin Hamil, Shuib Sepah Menangis Kegembiraan!
Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Photography
KUALA LUMPUR, 29 APRIL 2011: Tiada kata yang dapat diluahkan untuk menggambarkan bagaimana gembiranya perasaan pelawak Shuib Sepah sebaik sahaja dia mengetahui bahawa isteri tercintanya, Siti Sarah Raisuddin telah pun disahkan hamil 2 bulan.
Malah Sarah Raisuddin memberitahu, sewaktu menerima perkhabaran tentang berita kehamilan tersebut, Shuib yang turut berada di sisinya terus menangis dan memeluknya tanda syukur.
"Alhamdulillah, akhirnya kami dikurniakan cahaya mata dengan kadar yang agak segera. Bukan saya sahaja yang gembira, malah Shuib sendiri begitu teruja dengan berita ini.
"Sebenarnya, selepas hari terakhir menjalani penggambaran filem Man Sewel Datang KL pada bulan lalu, saya dah pun mula rasa sakit perut dan Shuib kemudian terus bawa saya ke klinik.
"Pada mulanya, doktor kata perut saya masuk angin kerana tidak makan. Saya akui memang pada waktu itu saya asyik tak sempat nak makan kerana shooting dan sebagainya.
"Tapi bila doktor buat pemeriksaan dan ujian kehamilan, doktor telah mengesahkan saya mengandung. Apa lagi, Shuib yang turut bersama saya pada ketika itu terus mengalirkan air mata. Malah, tanpa rasa malu dia juga turut memeluk saya sambil menangis di hadapan doktor," kata Sarah kepada murai.com.my
Menurut Sarah Raisuddin lagi, sejak bernikah pada 26 Februari 2011 yang lalu, suaminya adalah orang yang paling teruja dan seperti tidak sabar untuk menimang cahaya mata pertama dalam rumah tangga mereka.
"Setiap kali saya sakit perut atau loya-loya tekak, dia akan berharap saya mengandung. Disebabkan itu, kami telah beberapa kali buat pemeriksaan kehamilan sebelum ini.
"Namun hampa. Sehingga saya terpaksa nasihatkan dia jangan terlalu berharap kerana saya yang akan rasa sangat teruk dan kecewa jika dapat tahu saya masih belum mengandung.
"Apa-apa pun saya bersyukur kerana mengandung pada usia ini kerana saya sudah lama bersedia untuk jadi seorang ibu dan mempunyai sebuah keluarga yang lengkap. Malah, kami juga merancang untuk mendapatkan 4 orang cahaya mata," kata Sarah ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Man Sewel Datang KL, di Finas pada Selasa lalu.
Sementara itu, Shuib yang berada disisi Sarah memberitahu, dia sangat terharu ketika mendapat tahu berita gembira tersebut.
"Saya adalah orang yang paling gembira sehingga tak menghiraukan doktor yang berada di situ. Ketika bawa Sarah ke klinik, hati saya sudah terdetik yang dia ini mengandung. Alhamdulilah apa yang saya jangkakan betul, memang sukar untuk gambarkan perasaan saya apabila menyedari saya bakal melangkah ke satu fasa lain dalam hidup," luah hati Shuib.
Pasangan ini baru sahaja selesai menjayakan penggambaran filem Man Sewel Datang KL dan bakal berduet menerusi lagu Cinta Itu Nyawa yang turut diangkat sebagai lagu tema filem tersebut.
Read more/More news on: http://www.murai.com.my/
Credits to and source taken from: http://www.murai.com.my/
An impending change and Choco
5 years ago
0 comments:
Post a Comment