Sazzy Falak Selamat Lahirkan Baby Kembar Perempuan
Teks oleh Haswari Ali
KUALA LUMPUR, 28 APRIL 2011: Pelakon dan pengacara popular, Sazzy Falak, 30 telah selamat melahirkan bayi kembar perempuan dengan cara pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court,di sini sekitar jam 8 pagi tadi.
Dua bayi comel seberat 2 kilogram itu, telah diberikan nama Iman Lilly Nazril dan Tiara Rose Nazril. Masing-masingt berada dalam keadaan yang sihat dan sempurna.
Suami Sazzy Falak, Nazril ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, dia sesungguhnya amat gembira dengan kelahiran tersebut, apatah lagi kini semuanya berjalan dengan selamat tanpa sebarang komplikasi.
"Syukur Alhamdulillah, semuanya telah selamat. Tak sangka pula proses kelahiran itu berjalan begitu pantas dan dalam sekelip mata saja, saya telah dapat melihat kedua-dua mereka dilahirkan.
"Sebagai seorang suami, saya amat teruja bila dapat melihat sendiri proses kelahiran berkenaan kerana saya telah berada di sisi Sazzy sambil mengenggam tangannya. Tentunya saya rasa terharu dan sebak dengan kelahiran ini.
"Memang pada awalnya Sazzy sepatutnya melahirkan secara normal, tapi memandangkan keadaan Tiara (bayi ke-2) berada dalam keadaan songsang, jadi dokor mengatakan tidak ada pilihan lain selain daripada melakukannya secara pembedahan," kata yang akan mengambil cuti selama sebulan.
Sazzy Falak telah dimasukan ke hospital malam semalam. Bagaimanapun hanya pada jam 8.24 pagi tadi bayi pertamanya telah selamat dilahirkan, diikuti bayi kedua yang menyusuri seminit selepas itu.
Nazril berkata, meskipun sudah ada keluarga terdekat yang datang mengunjungi mereka di hospital sejak pagi tadi, Sazzy Falak bagaimanapun masih berada dalam keadaan lemah.
Tambah pengacara TV dan usahawan muda itu juga, Sazzy bersama-sama kembarnya itu hanya akan dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad ini.
"Segala persiapan sudahpun dibuat. Sazzy dan kembar kami akan berada di bawah penjagaan ibu Sazzy di kediaman keluarganya di Ampang sepanjang tempoh berpantang. Dalam tempoh bercuti ini juga, saya juga akan meluangkan bersama mereka.
"Insya Allah kalau tak ada aral melintang, kami akan mengadakan sebuah majlis aqiqah serta doa kesyukuran dalam masa seminggu dua ini di rumah keluarga Sazzy.
"Inilah peluangnya untuk pihak media bertemu dengan kembar ini dan juga ibunya. Kami juga bercadang untuk mengadakan sebuah sesi fotografi bersama-sama mereka, khusus untuk tatapan pihak media, peminat dan juga rakan taulan," katanya kepada murai.com.my.
Read more/More news on: http://www.murai.com.my/
Credits to and source taken from: http://www.murai.com.my/
An impending change and Choco
5 years ago
0 comments:
Post a Comment